Tuesday, March 29, 2011

Tersasar di jalan mu



Sepanjang 24 tahun aku bernafas di muka bumi ini, aku selalu rasa tersasar dari jalan kebenaran dan menyesal akhirnya. Bukan tersasar buat benda-benda bodoh macam cite 'Bohsia: Jangan pilih jalan hitam' tu.. bukan..bukan..mintak simpang jauh-jauh. Bukan nak kata aku ni stok baik gilerr, ada je kemungkaran yang pernah aku buat. Tapi aku masih tahu membezakan benda yang realistik dan takkan merosakkan diri aku dengan benda-benda bodoh lagi stupid.

Tersasar dalam konteks aku ialah salah membuat keputusan. Keputusan yang aku maksudkan adalah sebagai contoh...aku selalu dapat 2 pilihan yang dinamakan pilihan a dan pilihan b. Setelah ditimbang dan ditolak aku memilih pilihan b. Setelah mengharungi pilihan b itu, baru aku taw macammana dan akhirnya aku menyesal. Benak hati aku akan berkata, "Kenapa la aku tak buat pilihan a, mesti takkan jadi macammni...haissh". Bukan sekali okey, benda ni dah berulang beberapa kali. Mungkinkah aku ni jenis yang tak mengambil iktibar dari pengalaman dahulu? atau aku patut sembahyang istikharah apabila mahu membuat pilihan?(masalahnya aku lemah lutut a.k.a malas sikit bab-bab sembahyang sunat).

Mulut kata, aku tak pernah menyesal dengan semua takdir dan ketentuan yang Allah bagi. But dalam hati, meronta-ronta diselubungi penyesalan. Aku tahu, sebagai umat islam, tak baik kalau menyesal-menyesal ini.Tapi nak buat cane kan.Hati tak boleh nak menipu. Tapi setakat ini setelah dikaji semula segala keputusan yang membuatkan aku menyesal itu, SEMEMANGNYA ada hikmah tersurat disebaliknya.

Dulu masa awal-awal penyesalan itu baru nak berkembang, memang aku tak dapat nak nampak lagi semua tu. Bila dah lama-lama baru hikmah atas segalanya baru timbul macam sabut kelapa.Tapi dalam banyak penyesalan, satu perkara tu je lagi yang aku masih dok tunggu sabutnye timbul. Hikmah die memang aku tak nampak lagi.Aku masih dok sabaq tunggu lagi ni. Harapan aku, moga masih ada sinar dihujung jalan agar aku takkan berfikir aku telah menyesal seumur hidup.

No comments:

Post a Comment