Thursday, August 9, 2012

Apakah itu PERKESO ?

Bagi yang bekerja di dalam sektor kerajaan berkemungkinan mereka tidak tahu atau kurang arif tentang apakah itu PERKESO. Bagi yang bekerja di bidang swasta kebanyakannya mungkin lebih familiar dgn PERKESO. At least org2 keje swasta bila tgk slip gaji, boleh lihat ada deduction for SOCSO.

PERKESO adalah singkatan kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Bahasa Melayu), dan juga dikenali sebagai SOCSO yg merupakan singkatan kepasa Social Security Organization (Bahasa Inggeris).

Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) ditubuhkan pada tahun 1971 di bawah Kementerian Sumber Manusia (sebelum ini dikenali sebagai Kementerian Buruh) untuk melaksana dan mentadbir Skim-skim Keselamatan Sosial di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja, 1969, iaitu Skim Insuran Bencana Pekerjaan dan Skim Pencen Ilat. Di bawah skim-skim ini, pekerja diberi perlindungan berkaitan bencana pekerjaan termasuk kemalangan semasa menjalankan pekerjaan, penyakit khidmat, keilatan dan kematian.

Di antara fungsi yang dilaksanakan oleh PERKESO ialah mendaftar majikan dan pekerja, mengutip caruman majikan dan pekerja, memproses tuntutan dan membayar faedah kepada pekerja yang ditimpa malang dan orang tanggungannya. Di samping itu, PERKESO juga menyediakan faedah pemulihan jasmani dan vokasional serta memupuk kesedaran keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

Pada Julai 1985, status PERKESO sebagai Jabatan Kerajaan telah diubah kepada sebuah Badan Berkanun.

Manakala pada 1 Januari 1992, PERKESO telah melaksanakan sistem saraannya sendiri, iaitu Sistem Saraan Baru PERKESO (SSBP).

MISI PERKESO
Memberi perlindungan keselamatan sosial kepada pekerja dan tanggungan mereka menerusi Skim-skim Keselamatan Sosial serta meningkatkan kesedaran keselamatan dan kesihatan pekerjaan demi meningkatkan kesejahteraan sosial pekerja

VISI PERKESO
Peneraju Keselamatan Sosial Yang Unggul Dan Cemerlang


1. (S) Siapakah yang dikategorikan sebagai pekerja di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969?

(J) Pekerja yang dimaksudkan adalah seorang yang diambil bekerja dengan bergaji di bawah satu kontrak perkhidmatan atau kontrak perantisan dengan seorang majikan, sama ada kontrak itu nyata atau disifatkan ada atau dengan lisan atau dengan bertulis, dalam atau berhubung dengan kerja sesuatu perusahaan yang diliputi di bawah Akta.

2.(S) Adakah pekerja sementara/pekerja tidak tetap wajib dilindungi oleh PERKESO?

(J) Pekerja sementara atau tidak tetap adalah wajib didaftarkan dengan PERKESO.
3.(S) Perlukah majikan memaklumkan kepada PERKESO bagi pekerja yang berhenti?

(J) Majikan perlu mengisi tarikh pekerja berhenti di dalam borang 8A dan membuat tanda X di ruang-ruang Borang 8A.

4. (S) Apakah had umur pekerja untuk mencarum?

(J) Semua pekerja yang layak perlu didaftar tanpa mengira berapakah umur mereka. Untuk pekerja yang berumur 55 tahun ke bawah, majikan perlu membayar caruman jenis pertama dan apabila berumur mencapai umur 55 tahun genap, majikan hanya perlu membayar caruman jenis kedua sahaja. Pekerja yang berumur lebih 50 tahun semasa pertama kali masuk kerja di perusahaan yang layak di bawah Akta dan belum pernah mencarum, perlu membayar caruman jenis kedua.

5.(S) Adakah penalti dikenakan kepada majikan yang tidak mendaftar/mencarum?

(J) Majikan boleh didakwa dan dikenakan tindakan denda sehingga RM10,000 atau dipenjara sehingga 2 tahun atau kedua-duanya sekali.

6.(S) Bagaimanakah menentukan kadar caruman dan cara membayar caruman PERKESO?

(J) Kadar caruman pekerja adalah berdasarkan kepada gaji pekerja iaitu termasuk upah, kerja lebih masa, komisen dan caj perkhidmatan, bayaran cuti tahun, sakit, bersalin, rehat, kelepasan am, elaun insentif, sara hidup, perumahan dan sebagainya. Semua pembayaran sama ada mengikut jam, harian, mingguan, bulanan, hasil kerja adalah dianggap gaji. Kadar caruman bulanan bagi syer majikan dan syer pekerja adalah seperti ditunjukkan pada Jadual Caruman berdasarkan 34 kategori gaji.

7.(S) Di manakah pembayaran caruman boleh dilakukan?

(J) Bayaran caruman boleh dilakukan di bank-bank yang telah dilantik seperti Maybank, CIMB, Public Bank, RHB, Pejabat-pejabat Pos (bagi Sabah & Sarawak) dan bank-bank yang dikhaskan bagi kawasan tertentu.

8. (S) Bagaimanakah perkiraan caruman PERKESO dibuat sekiranya pekerja berhenti pada pertengahan bulan?

(J) Majikan hanya perlu membuat pembayaran caruman berdasarkan kepada jumlah gaji pekerja yang dibayar kepada pekerja untuk bulan itu. Contohnya sekiranya pembayaran gaji dilakukan sehingga 15 hb, caruman tersebut juga berdasarkan gaji bagi 15 hari bekerja sahaja.

9.(S) Kenapakah Faedah Caruman Lewat Bayar (FCLB) dikenakan kepada majikan?

(J) Majikan adalah berliabiliti untuk membayar caruman bulanan tidak lewat dari hari terakhir bulan berikutnya. Contohnya caruman bulan Januari hendaklah dibayar selewat-lewatnya pada 28 Februari. FCLB dikenakan kerana lewat membayar caruman dan kadarnya ialah sebanyak 6 peratus setahun bagi setiap satu hari caruman lambat dibayar. Sekiranya, faedah dikira adalah kurang dari RM5, faedah sebanyak RM5 sebulan adalah dikenakan.

10.(S) Bagaimanakah cara untuk membayar FCLB?

(J) FCLB boleh dibayar di Bank RHB dan Public Bank sahaja dengan mengemukakan notis surat FCLB kepada bank untuk dicop tarikh terima dan nyatakan nombor akaun PERKESO untuk pembayaran. Majikan tidak perlu mengisi slip bank. Pembayaran cek bagi setiap satu bulan FCLB hendaklah diasingkan.

11.(S) Bagaimanakah melaporkan kemalangan dan dokumen-dokumen yang diperlukan untuk membuat tuntutan?

(J) Majikan hendaklah melaporkan kepada PERKESO dengan mengisi Laporan Kemalangan (Borang 21) dan kemukakan bersama Borang Tuntutan (Borang 10), kad perakam waktu atau rekod kedatangan, sijil cuti sakit dan salinan kad pengenalan kepada Pejabat PERKESO berkenaan untuk kemalangan semasa di tempat kerja. Jikalau kemalangan berlaku semasa ke tempat kerja atau balik kerja, perlu disertakan laporan polis dan peta lakar yang menunjukkan arah perjalanan yang dilalui pekerja semasa kemalangan.

12 (S) Adakah PERKESO tanggung kos rawatan perubatan ? Di manakah boleh perolehi rawatan?

(J) Seseorang pekerja yang ditimpa kemalangan berkaitan pekerjaan, perjalanan atau menghidap penyakit khidmat layak menerima rawatan perubatan percuma di klinik panel PERKESO atau klinik/hospital kerajaan. Pekerja dikehendaki membawa Borang Laporan Kemalangan (Borang 21) atau Borang Laporan Penyakit Khidmat (Borang PKS 68 atau PKS 69) atau surat pengenalan daripada majikan semasa mendapatkan rawatan.

13.(S) Dalam keadaan manakah Elaun Layanan Sentiasa dibayar?

(J) Elaun ini dibayar kepada pekerja yang mengalami hilangupaya langsung yang kekal iaitu hilangupaya mencari nafkah 100% atau menghidap keilatan dan disahkan sentiasa memerlukan layanan dari orang lain oleh Jemaah Doktor atau Jemaah Doktor Rayuan. Kadar elaun ialah 40% daripada kadar faedah hilangupaya langsung yang kekal tertakluk kepada bayaran maksimum sebanyak RM500 sebulan. Bayaran dibuat terus kepada penerima faedah.


P/s: Saya bangga dapat menjadi sebahagian dari keluarga PERKESO. Banyak benda dpt saya belajar. Untuk maklumat lebih lanjut, boleh layari laman web rasmi PERKESO.Credit to: www.perkeso.gov.my  

3 comments:

  1. Selamat petang.

    Saya baru saja mula bekerja di sebuah syarikat swasta. Caruman perkeso ini perlu dibayar oleh majikan atau pekerja itu sendiri? Terima Kasih

    ReplyDelete
  2. assalam...sis..bleh x share sikit pglman iv utk jwtan ni..pliss...bantu sy...

    ReplyDelete
  3. assalam..nk tye..apakh skop tugas dgn detail ttg jwtn pegawai kerja akaun?

    ReplyDelete