Thursday, August 22, 2013

Ikan Masak Asam dan Terung Masak Merah


Sekali lagi aku buat berhujung minggu di Tanjung Malim..
Nothing much to do..
Aku bukan kaki merayap..
Semenjak usia dah makin meningkat..
Aku lebih suka menghabiskan waktu senggang di rumah..

So...
Nak buat apa lagi...
Masak laaa....
Maka terhasillah dua resepi ni..

RESEPI IKAN MASAK ASAM
Bahan-Bahan...
1. 2 ekor ikan (ikan apa pun boleh, tapi aku guna ikan mata besar)
2. 2 ulas bawang putih
3. 3 ulas bawang merah
4. 1 inci halia
5. 1 batang cili merah
6. Sedikit asam (adabi paste)

Cara-Cara...
1. Gorengkan ikan  (telah dilumurkan dengan serbuk kunyit dan garam).
2. Asingkan ikan tersebut.
3. Tumiskan bahan (2-3) sehingga garing atau naik bau.
4. Masukkan sedikit air (mengikut kuntiti kuah yang dinginkan).
5. Masukkan sedikit garam dan asam(adabi paste).
6. Tunggu hingga menggelegak.
7. Masukkan ikan dan biarkan seketika.
8. Siap.

RESEPI TERUNG MASAK MERAH
Bahan-bahan...

1. 1 biji terung
2. cili giling (paste adabi)
3. 2 ulas bawang putih
4. 3 ulas bawang merah

 Cara-cara...
1. Goreng terung sehingga berubah warna (asingkan)
2. Tumiskan bawang putih dan bawang merah.
3. Tumiskan cili giling (paste adabi) sehingga naik minyak.
4. Tambahkan sedikit air mengikut kuantiti air yang diingini. 
5. Masukkan sedikit garam dan gula secukup rasa.
6. Masukkan terung dan biar seketika.






No comments:

Post a Comment