Showing posts with label Perencah masakan. Show all posts
Showing posts with label Perencah masakan. Show all posts

Thursday, August 22, 2013

Ikan Masak Asam dan Terung Masak Merah


Sekali lagi aku buat berhujung minggu di Tanjung Malim..
Nothing much to do..
Aku bukan kaki merayap..
Semenjak usia dah makin meningkat..
Aku lebih suka menghabiskan waktu senggang di rumah..

So...
Nak buat apa lagi...
Masak laaa....
Maka terhasillah dua resepi ni..

RESEPI IKAN MASAK ASAM
Bahan-Bahan...
1. 2 ekor ikan (ikan apa pun boleh, tapi aku guna ikan mata besar)
2. 2 ulas bawang putih
3. 3 ulas bawang merah
4. 1 inci halia
5. 1 batang cili merah
6. Sedikit asam (adabi paste)

Cara-Cara...
1. Gorengkan ikan  (telah dilumurkan dengan serbuk kunyit dan garam).
2. Asingkan ikan tersebut.
3. Tumiskan bahan (2-3) sehingga garing atau naik bau.
4. Masukkan sedikit air (mengikut kuntiti kuah yang dinginkan).
5. Masukkan sedikit garam dan asam(adabi paste).
6. Tunggu hingga menggelegak.
7. Masukkan ikan dan biarkan seketika.
8. Siap.

RESEPI TERUNG MASAK MERAH
Bahan-bahan...

Monday, August 19, 2013

Periuk Nasi Comel

Baru bukak dari kotak :)
Detail about this periuk




Periuk nasi lama VS Periuk nasi baru, comey tak?comey tak?































 Sebelum ni aku tinggal menyewa di SLIM RIVER..
Baru dalam DUA BULAN ni aku pindah ke dalam KUARTERS  POLITEKNIK
Sini aku tinggal bertiga..
Dua orang lagi pensyarah JKM...
Kak Siti Aminah ngn Nabila..
So far, aku rase diorang ni ok je...

Happy la dok sini..
Katil, almari sume lengkap..(Kerajaan punyer)
Dulu sakit belakang kene tido atas tilam..
Peti ais, Tv ngan dapur pun ade..(Kak Siti ngn Nabila punyer)
Kebetulan aku ade mesin basuh...
So complete house...

Ok, berbalik kepada tajuk cerita..
Sempena aku berpindah ke rumah baru ni...
Mama hadiahkan aku sebijik periuk nasi yang comeyyy..
See....sayangnye mama kat aku (perasan hehe)...

Suke sangat periuk nasi ni..
Rase nak masak nasi hari-hari..
Ok tipu..
Rase je, takkan masak hari-hari pun..
Sebab kalo aku tak balik Taiping,
and terpaksa spends weekends disini..
Baru aku masak..

Periuk ni jenama PENSONIC..
HARGA RM69.90..
Beli kat THE STORE taiping...
Sesuai untuk famili kecik, (makan 1-2 orang)...
Voltage: 220-240 ~ 50Hz...
Power: 300-350W.0.6L
Dapat percuma steam tray yg comel, senduk nasi dan penyukat beras...


Sunday, June 16, 2013

Puding Roti.

Salam semua, 
Harap anda semua baik-baik saje.
Harini sy nk upload gamba and resipi puding roti. 
Minggu lepas buat, harini baru terasa nak update. 
Ni first time taw try buat, sebab teringin. 
Pernah makan kat hotel 2-3 kali, rase die sedap sgt. 
Tu yg try cari resipi and buat.


Bahan-bahan
1. 8 keping roti
2. 2 biji telur
3. 1 sudu teh esen vanila
4. 2 cawan susu segar
5. 4 sudu makan gula halus 
6. 2 sudu makan mentega
7. 1 sudu makan tepung jagung
8. 2 sudu makan tepung jagung

Bahan untuk sos kastard
9.1 tin susu cair
10. 2 sudu makan tepung kastard
11 2 sudu makan gula
Cara-cara
1. Koyakkan roti dan rendamkan dalam susu  segar selama 30 minit.
2. Campurkan dan gaul rata gula halus, mentega, telur, esen vanilla, tepung jagung.
3. Tuangkan ke dalam loyang (roti yang telah direndam bersama campuran bahan di cara ke2).
4. Taburkan kismis.
5. Bakar pada suhu 180C selama 30 minit ataupun sehingga masak.
6. Untuk sos kastard, campurkan susu cair, tepung kastard dan gula.
7. Masakkan di atad api yang sederhana kecil.







Monday, June 10, 2013

Serawa Durian :)

Hey hey hey,
Jom tengok acane care aku buat serawa durian..

Bahan-bahan:
1. 10 ulas durian
2. 4 helai daun pandan
3. santan/ susu sejat
4. gula garam


Cara-Cara:
Basically aku ada dua cara nak buat serawa ni, dah try dua-dua pun jadi. Satu cara mama, satu cara opah.Well, org ade dua guru:)


Cara Opah:
1. Masukkan durian dlm periuk bersama sedikit air.
2. Kacau dan panaskan hingga isinya terkeluar dari biji.
3. Masukkan daun pandan.
4. Bila mendidih, tambah santan, gula and garam.
5. Siap untuk dihidang.

Cara mama:
1. Masukkan santan dan tambah sedikit air.
2. Setelah mendidih, masukkan durian.
3. Kacau seketika dan masukkan daun pandan, garam, gula.
4. Siap untuk dihidang.



Tom Yam bujang.

Seminggu lepas, aku bercuti panjang...
Ramai yang bertanya kenapa aku bercuti...
Hmmm...susah jugak nak jawab...
Aku just cakap, saje nak berehat...

Tenangkan minda dari sume bende...
Aku ni selalu rase nak lari...
Lari pegi mana pun taktaw la...
To me, home is the best place to keep me calm..

So, sepanjang minggu yang panjang tu..
Salah satu aktiviti yang aku buat adalah memasak..
Aku sedar, skill memasak aku makin tumpul...
Sebab dah memang jarang gila masak....

TOM YAM.. antara lauk favourite..dan aku paling suka masak..
Sebab senang dan lazat....
Kalau aku sakit or nafsu makan tak brapa nak ada..
Buat tomyam gerenti perut aku boleh terima jugak :)
Rasenya tak payah tunjuk cara and bagitaw bahan kot.
Budak darjah 5 pun pandai buat tomyam.hehe


Below is my tom yam...nampak sedap takk??
Masak untuk makan sorang, jadi la :)

p/s: sila abaikan comot2 di tepi periuk




Monday, March 28, 2011

Ubi Keledek Goreng





Bahan-bahan

1. ubi keledek

2. tepung beras

3. garam

4. serbuk kunyit


Cara-cara

1. Campurkan tepung beras + garam + serbuk kunyit.

2. Gaulkan ubi keledek yang telah dipotong dengan campuran di atas.

3. Goreng hingga garing.

4. Siap untuk dihidang.







Sunday, March 27, 2011

Jom Masak!

Tadaaa...Ini lah Ikan Masak Sambal hasil air tangan chef amatur yang tengah gigih mahu mencapai tahap profesional dalam bidang masakan...Sebab dah nama pun amatur kan...So, teknik die main campak-campak, kuantiti pulak main agak-agak je...Here saya just nak share how i made this simple recipe...


Bahan-bahan

2 ekor ikan (ikan apa-apa pun boleh)

1 biji tomato (hiris empat....saya just guna sebelah sebab stok dah habis)

1 ulas bawang merah

1 batang serai

sedikit garam

sedikit gula

serbuk kunyit

sedikit asam (asam jawa ekstra yang dalam cawan jenama Adabi tu)

3 sudu cili blend (cili blend ni dah dicampur sekali dengan bawang putih, bawang kecil dan halia)


Cara-cara


1. Lumurkan ikan dengan garam dan kunyit (perap lebih kurang 10 minit)


2. Goreng ikan tersebut hingga garing...Kemudian ketepikan


3. Tumis serai sampai naik bau


4. Tumis cili blend sampai naik minyak


5. Masukkan asam + garam + gula + air(setakat yang mahu untuk kuah)


6. Biarkan mendidih seketika


7. Masukkan tomato dan bawang besar


8. Masukkan ikan yang telah digoreng tadi...Biarkan masak seketika


9. Siap untuk dihidang!