Thursday, December 31, 2015

Awal Bismillah 2016

Bismilahirrahmanirrahim...
Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha mengasihani..

Tahun berganti tahun, masa berganti masa..
Lama sudah tidak ku singgah ke teratak  ini....
Teratak usang ini telah  ku biarkan bersawang...

Sengaja ku tidak mahu menulis dalam jangka waktu dulu..
Untuk menjaga banyak hati dan perasaan..
Ku elakkan untuk menulis dalam keadaan emosi..

Alhamdulillah, pada tika ini..
Hati aku lebih tenang setelah bergelar seorang isteri..

2 tahun lepas banyak perkara besar yang berlaku pada aku...
Banyak juga hati yang telah aku sakiti..
Sekaligus hatiku tersakiti jua..

Ditinggalkan dan meninggalkan...
Menyakiti dan disakiti...
Ya Allah ampunkan aku....

Bukan mudah menjadi seorang AKU..
28 tahun aku mengharungi badai gelora..
Alhamdulillah masih mampu bertahan, berdayung di sampan yang usang ini..

2016..tahun baru menjelma lagi..
Semoga aku lebih  kuat, tabah, dan tenang..
(***chill la...aku kan wanita besi)





No comments:

Post a Comment