Saturday, August 4, 2012

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)


Petang semalam aku pergi KWSP,lepas tu survey sekali wheelchair untuk opah. Banyak aku nak cerita pasal wheelchair ni. Nanti aku nak bukak satu entri baru untuk wheelchair a.k.a wilcha (teringat Usop Wilcha kat ABPBH 2010).hehe. Okey, berbalik kepada KWSP. Aku pergi bukak akaun sesorang je. Mama just drop by aku kat situ, coz tak de parking time tu. Masuk-masuk pejabat tu, first aku pun tercangak la tak tau nak pi tuju arah mane. Pastu aku nampak sorang mamat kat meja pertanyaan. Terus aku pergi situ tanya-tanya ape yang perlu, dia bagi satu borang dan aku amik nombor.

Untu bukak akaun KWSP, anda hanya perlu membawa kad pengenalan original dan satu salinan kad pengenalan anda. Di sana, anda hanya perlu mengisi satu borang untuk pendaftaran ahli baru. Oh ya! jangan lupa bawa bersama nombor rujukan majikan anda. Meh nak cerita secara lebih formal apa itu KWSP?

Latar Belakang KWSP KWSP merupakan sebuah institusi keselamatan sosial yang ditubuhkan di bawah Undang-Undang Malaysia, Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991 (Akta 452) yang menyediakan faedah persaraan kepada ahlinya melalui pengurusan simpanan mereka secara cekap dan boleh dipercayai. KWSP juga menyediakan sistem yang efisien dan mudah bagi memastikan para majikan memenuhi tanggungjawab undang-undang serta kewajipan moral mereka untuk mencarum kepada KWSP bagi pihak pekerja mereka.

Siapakah Ahli Kami? Pekerja Sektor Swasta dan Pekerja Tidak Berpencen Sektor Awam. Sehingga 31 Disember 2009, KWSP mempunyai seramai 12.35 juta ahli. Bilangan ahli aktif dan masih mencarum adalah seramai 5.79 juta. Bilangan majikan aktif pula adalah seramai 453,716.

Caruman Wajib Caruman adalah wang yang dikreditkan ke akaun individu ahli di KWSP. Amaun tersebut terdiri daripada caruman pekerja dan caruman majikan dan dikira berdasarkan gaji bulanan pekerja. Kadar caruman semasa adalah 23% daripada gaji pekerja dimana 11% adalah caruman pekerja yang dipotong daripada gaji bulanan pekerja manakala 12% adalah caruman oleh majikan.

Alokasi Pelaburan Caruman bulanan anda dilaburkan melalui beberapa instrumen kewangan yang diluluskan untuk menghasilkan pendapatan. Ini termasuklah Sekuriti Kerajaan Malaysia, Instrumen Pasaran Wang, Bon & Pinjaman, Ekuiti dan Hartanah.

Dividen KWSP memastikan simpanan anda selamat dan mendapat dividen yang berpatutan. KWSP menjamin dividen sebanyak 2.5 peratus setahun. Untuk memastikan bayaran dividen, KWSP melaburkan caruman anda melalui instrumen kewangan yang diluluskan bagi mendapatkan pulangan yang optimum. Dividen dimasukkan ke dalam akaun anda setiap tahun. Kadar dividen yang diisytiharkan oleh KWSP adalah tertakluk kepada pulangan pelaburan yang dibuat melalui instrumen-instrumen yang diluluskan. Dividen Tahunan dikira berdasaran baki pembukaan simpanan anda setakat 1hb Januari setiap tahun. Dividen Bulanan pula dikreditkan ke akaun anda berdasarkan jumlah caruman bulanan yang diterima. -Sumber: http://www.kwsp.gov.my/ P/s: Kepada mereka yang berkenaan, jangan lupa mendaftar taw.

No comments:

Post a Comment