Sunday, March 27, 2011

Jom Masak!

Tadaaa...Ini lah Ikan Masak Sambal hasil air tangan chef amatur yang tengah gigih mahu mencapai tahap profesional dalam bidang masakan...Sebab dah nama pun amatur kan...So, teknik die main campak-campak, kuantiti pulak main agak-agak je...Here saya just nak share how i made this simple recipe...


Bahan-bahan

2 ekor ikan (ikan apa-apa pun boleh)

1 biji tomato (hiris empat....saya just guna sebelah sebab stok dah habis)

1 ulas bawang merah

1 batang serai

sedikit garam

sedikit gula

serbuk kunyit

sedikit asam (asam jawa ekstra yang dalam cawan jenama Adabi tu)

3 sudu cili blend (cili blend ni dah dicampur sekali dengan bawang putih, bawang kecil dan halia)


Cara-cara


1. Lumurkan ikan dengan garam dan kunyit (perap lebih kurang 10 minit)


2. Goreng ikan tersebut hingga garing...Kemudian ketepikan


3. Tumis serai sampai naik bau


4. Tumis cili blend sampai naik minyak


5. Masukkan asam + garam + gula + air(setakat yang mahu untuk kuah)


6. Biarkan mendidih seketika


7. Masukkan tomato dan bawang besar


8. Masukkan ikan yang telah digoreng tadi...Biarkan masak seketika


9. Siap untuk dihidang!

No comments:

Post a Comment