Monday, April 4, 2011

PORT DICKSON


Minggu depan aku pergi PORT DICKSON

Yaahoooooooooo!!!!!!!!!


Port Dickson....here i come bebeh!!!!!

Tuesday, March 29, 2011

Tersasar di jalan mu



Sepanjang 24 tahun aku bernafas di muka bumi ini, aku selalu rasa tersasar dari jalan kebenaran dan menyesal akhirnya. Bukan tersasar buat benda-benda bodoh macam cite 'Bohsia: Jangan pilih jalan hitam' tu.. bukan..bukan..mintak simpang jauh-jauh. Bukan nak kata aku ni stok baik gilerr, ada je kemungkaran yang pernah aku buat. Tapi aku masih tahu membezakan benda yang realistik dan takkan merosakkan diri aku dengan benda-benda bodoh lagi stupid.

Tersasar dalam konteks aku ialah salah membuat keputusan. Keputusan yang aku maksudkan adalah sebagai contoh...aku selalu dapat 2 pilihan yang dinamakan pilihan a dan pilihan b. Setelah ditimbang dan ditolak aku memilih pilihan b. Setelah mengharungi pilihan b itu, baru aku taw macammana dan akhirnya aku menyesal. Benak hati aku akan berkata, "Kenapa la aku tak buat pilihan a, mesti takkan jadi macammni...haissh". Bukan sekali okey, benda ni dah berulang beberapa kali. Mungkinkah aku ni jenis yang tak mengambil iktibar dari pengalaman dahulu? atau aku patut sembahyang istikharah apabila mahu membuat pilihan?(masalahnya aku lemah lutut a.k.a malas sikit bab-bab sembahyang sunat).

Mulut kata, aku tak pernah menyesal dengan semua takdir dan ketentuan yang Allah bagi. But dalam hati, meronta-ronta diselubungi penyesalan. Aku tahu, sebagai umat islam, tak baik kalau menyesal-menyesal ini.Tapi nak buat cane kan.Hati tak boleh nak menipu. Tapi setakat ini setelah dikaji semula segala keputusan yang membuatkan aku menyesal itu, SEMEMANGNYA ada hikmah tersurat disebaliknya.

Dulu masa awal-awal penyesalan itu baru nak berkembang, memang aku tak dapat nak nampak lagi semua tu. Bila dah lama-lama baru hikmah atas segalanya baru timbul macam sabut kelapa.Tapi dalam banyak penyesalan, satu perkara tu je lagi yang aku masih dok tunggu sabutnye timbul. Hikmah die memang aku tak nampak lagi.Aku masih dok sabaq tunggu lagi ni. Harapan aku, moga masih ada sinar dihujung jalan agar aku takkan berfikir aku telah menyesal seumur hidup.

Monday, March 28, 2011

Ubi Keledek Goreng





Bahan-bahan

1. ubi keledek

2. tepung beras

3. garam

4. serbuk kunyit


Cara-cara

1. Campurkan tepung beras + garam + serbuk kunyit.

2. Gaulkan ubi keledek yang telah dipotong dengan campuran di atas.

3. Goreng hingga garing.

4. Siap untuk dihidang.







Sunday, March 27, 2011

Jom Masak!

Tadaaa...Ini lah Ikan Masak Sambal hasil air tangan chef amatur yang tengah gigih mahu mencapai tahap profesional dalam bidang masakan...Sebab dah nama pun amatur kan...So, teknik die main campak-campak, kuantiti pulak main agak-agak je...Here saya just nak share how i made this simple recipe...


Bahan-bahan

2 ekor ikan (ikan apa-apa pun boleh)

1 biji tomato (hiris empat....saya just guna sebelah sebab stok dah habis)

1 ulas bawang merah

1 batang serai

sedikit garam

sedikit gula

serbuk kunyit

sedikit asam (asam jawa ekstra yang dalam cawan jenama Adabi tu)

3 sudu cili blend (cili blend ni dah dicampur sekali dengan bawang putih, bawang kecil dan halia)


Cara-cara


1. Lumurkan ikan dengan garam dan kunyit (perap lebih kurang 10 minit)


2. Goreng ikan tersebut hingga garing...Kemudian ketepikan


3. Tumis serai sampai naik bau


4. Tumis cili blend sampai naik minyak


5. Masukkan asam + garam + gula + air(setakat yang mahu untuk kuah)


6. Biarkan mendidih seketika


7. Masukkan tomato dan bawang besar


8. Masukkan ikan yang telah digoreng tadi...Biarkan masak seketika


9. Siap untuk dihidang!

Saturday, March 26, 2011

Musuhi Jerawat...


Kali ini aku nak bercerita tentang jerawat

Kebanyakan dari kita pernah mengalami masalah jerawat di muka

Especially ketika remaja

Dan golongan yang paling curious pasal pertumbuhan jerawat, tentulah wanita


Walau hanye sebutir jerawat yang tumbuh, kita pasti rase risau..kan...kan?

Tak kiralah sama ada jerawat pasir, batu or so on

Kulit aku ni, nak kate yg jenis licin memanjang tak la

Selalunye jerawat pasir akan ade, tapi tak pernah la naik banyak-banyak

But, recently...tetibe muka aku banyak gilaa naik jerawat...huhu


Sedey woo..ye ar..selama ni licin je

Ni bayangkan, sampai tahap naik yang nanah-nanah merah tu

Bila satu kering, naik pulak yang baru (tak sempat nak baik)

Kesannya adalah parut-parut hitam yang sukar dihilangkan..huwaaa


Sebab-musabab dia aku pun tak berapa pasti

Tapi berdasarkan analyze terhadap diri aku terhadap masalah ini

Aku dapat buat dua hypothesis

1. Mungkin akibat TEKANAN (Akhir2 ni aku mmg banyak tertekan sikit with my life)
2. RESDUNG (Memang aku resdung yang agak teruk before this)


Sekarang kita beralih ke treatment pulak

Banyak jugak la produk yang aku try,

in one month ni untuk hilangkan jerawat

Tapi hanye few yang aku boleh katakan BERKESAN

Antara satu produk yang aku terasa nak review,

oleh kerana keberkesanannya adalah....




Nama produk: Dalacin T


Harga: RM35


Beli: Farmasi sahaja (sebab controlled medicine)


Cara guna: Letak dekat affected area 2x sehari


Review: Memang berkesan untuk semua jenis jerawat... Jerawat anda boleh kecut dalam beberapa hari sahaja...Bila pakai rasa sejuk-sejuk aje...Tapi kalo kat jerawat yang dah nak pecah tu, pedih sikit...


Kata-kata manis: Sila cuba jangan ragu-ragu :)







    Friday, March 25, 2011

    Mata Tak Menipu




    Orang kata, pandangan mata tak dapat menipu..


    Kalau orang tu dok tenung mata aku dalam-dalam..


    Dia boleh ke agak kisah hidup aku?


    Just wondering.. :)