Thursday, August 9, 2012

Apakah itu PERKESO ?

Bagi yang bekerja di dalam sektor kerajaan berkemungkinan mereka tidak tahu atau kurang arif tentang apakah itu PERKESO. Bagi yang bekerja di bidang swasta kebanyakannya mungkin lebih familiar dgn PERKESO. At least org2 keje swasta bila tgk slip gaji, boleh lihat ada deduction for SOCSO.

PERKESO adalah singkatan kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Bahasa Melayu), dan juga dikenali sebagai SOCSO yg merupakan singkatan kepasa Social Security Organization (Bahasa Inggeris).

Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) ditubuhkan pada tahun 1971 di bawah Kementerian Sumber Manusia (sebelum ini dikenali sebagai Kementerian Buruh) untuk melaksana dan mentadbir Skim-skim Keselamatan Sosial di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja, 1969, iaitu Skim Insuran Bencana Pekerjaan dan Skim Pencen Ilat. Di bawah skim-skim ini, pekerja diberi perlindungan berkaitan bencana pekerjaan termasuk kemalangan semasa menjalankan pekerjaan, penyakit khidmat, keilatan dan kematian.

Di antara fungsi yang dilaksanakan oleh PERKESO ialah mendaftar majikan dan pekerja, mengutip caruman majikan dan pekerja, memproses tuntutan dan membayar faedah kepada pekerja yang ditimpa malang dan orang tanggungannya. Di samping itu, PERKESO juga menyediakan faedah pemulihan jasmani dan vokasional serta memupuk kesedaran keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

Pada Julai 1985, status PERKESO sebagai Jabatan Kerajaan telah diubah kepada sebuah Badan Berkanun.

Manakala pada 1 Januari 1992, PERKESO telah melaksanakan sistem saraannya sendiri, iaitu Sistem Saraan Baru PERKESO (SSBP).

MISI PERKESO
Memberi perlindungan keselamatan sosial kepada pekerja dan tanggungan mereka menerusi Skim-skim Keselamatan Sosial serta meningkatkan kesedaran keselamatan dan kesihatan pekerjaan demi meningkatkan kesejahteraan sosial pekerja

VISI PERKESO
Peneraju Keselamatan Sosial Yang Unggul Dan Cemerlang


1. (S) Siapakah yang dikategorikan sebagai pekerja di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969?

(J) Pekerja yang dimaksudkan adalah seorang yang diambil bekerja dengan bergaji di bawah satu kontrak perkhidmatan atau kontrak perantisan dengan seorang majikan, sama ada kontrak itu nyata atau disifatkan ada atau dengan lisan atau dengan bertulis, dalam atau berhubung dengan kerja sesuatu perusahaan yang diliputi di bawah Akta.

2.(S) Adakah pekerja sementara/pekerja tidak tetap wajib dilindungi oleh PERKESO?

(J) Pekerja sementara atau tidak tetap adalah wajib didaftarkan dengan PERKESO.
3.(S) Perlukah majikan memaklumkan kepada PERKESO bagi pekerja yang berhenti?

(J) Majikan perlu mengisi tarikh pekerja berhenti di dalam borang 8A dan membuat tanda X di ruang-ruang Borang 8A.

4. (S) Apakah had umur pekerja untuk mencarum?

(J) Semua pekerja yang layak perlu didaftar tanpa mengira berapakah umur mereka. Untuk pekerja yang berumur 55 tahun ke bawah, majikan perlu membayar caruman jenis pertama dan apabila berumur mencapai umur 55 tahun genap, majikan hanya perlu membayar caruman jenis kedua sahaja. Pekerja yang berumur lebih 50 tahun semasa pertama kali masuk kerja di perusahaan yang layak di bawah Akta dan belum pernah mencarum, perlu membayar caruman jenis kedua.

5.(S) Adakah penalti dikenakan kepada majikan yang tidak mendaftar/mencarum?

(J) Majikan boleh didakwa dan dikenakan tindakan denda sehingga RM10,000 atau dipenjara sehingga 2 tahun atau kedua-duanya sekali.

6.(S) Bagaimanakah menentukan kadar caruman dan cara membayar caruman PERKESO?

(J) Kadar caruman pekerja adalah berdasarkan kepada gaji pekerja iaitu termasuk upah, kerja lebih masa, komisen dan caj perkhidmatan, bayaran cuti tahun, sakit, bersalin, rehat, kelepasan am, elaun insentif, sara hidup, perumahan dan sebagainya. Semua pembayaran sama ada mengikut jam, harian, mingguan, bulanan, hasil kerja adalah dianggap gaji. Kadar caruman bulanan bagi syer majikan dan syer pekerja adalah seperti ditunjukkan pada Jadual Caruman berdasarkan 34 kategori gaji.

7.(S) Di manakah pembayaran caruman boleh dilakukan?

(J) Bayaran caruman boleh dilakukan di bank-bank yang telah dilantik seperti Maybank, CIMB, Public Bank, RHB, Pejabat-pejabat Pos (bagi Sabah & Sarawak) dan bank-bank yang dikhaskan bagi kawasan tertentu.

8. (S) Bagaimanakah perkiraan caruman PERKESO dibuat sekiranya pekerja berhenti pada pertengahan bulan?

(J) Majikan hanya perlu membuat pembayaran caruman berdasarkan kepada jumlah gaji pekerja yang dibayar kepada pekerja untuk bulan itu. Contohnya sekiranya pembayaran gaji dilakukan sehingga 15 hb, caruman tersebut juga berdasarkan gaji bagi 15 hari bekerja sahaja.

9.(S) Kenapakah Faedah Caruman Lewat Bayar (FCLB) dikenakan kepada majikan?

(J) Majikan adalah berliabiliti untuk membayar caruman bulanan tidak lewat dari hari terakhir bulan berikutnya. Contohnya caruman bulan Januari hendaklah dibayar selewat-lewatnya pada 28 Februari. FCLB dikenakan kerana lewat membayar caruman dan kadarnya ialah sebanyak 6 peratus setahun bagi setiap satu hari caruman lambat dibayar. Sekiranya, faedah dikira adalah kurang dari RM5, faedah sebanyak RM5 sebulan adalah dikenakan.

10.(S) Bagaimanakah cara untuk membayar FCLB?

(J) FCLB boleh dibayar di Bank RHB dan Public Bank sahaja dengan mengemukakan notis surat FCLB kepada bank untuk dicop tarikh terima dan nyatakan nombor akaun PERKESO untuk pembayaran. Majikan tidak perlu mengisi slip bank. Pembayaran cek bagi setiap satu bulan FCLB hendaklah diasingkan.

11.(S) Bagaimanakah melaporkan kemalangan dan dokumen-dokumen yang diperlukan untuk membuat tuntutan?

(J) Majikan hendaklah melaporkan kepada PERKESO dengan mengisi Laporan Kemalangan (Borang 21) dan kemukakan bersama Borang Tuntutan (Borang 10), kad perakam waktu atau rekod kedatangan, sijil cuti sakit dan salinan kad pengenalan kepada Pejabat PERKESO berkenaan untuk kemalangan semasa di tempat kerja. Jikalau kemalangan berlaku semasa ke tempat kerja atau balik kerja, perlu disertakan laporan polis dan peta lakar yang menunjukkan arah perjalanan yang dilalui pekerja semasa kemalangan.

12 (S) Adakah PERKESO tanggung kos rawatan perubatan ? Di manakah boleh perolehi rawatan?

(J) Seseorang pekerja yang ditimpa kemalangan berkaitan pekerjaan, perjalanan atau menghidap penyakit khidmat layak menerima rawatan perubatan percuma di klinik panel PERKESO atau klinik/hospital kerajaan. Pekerja dikehendaki membawa Borang Laporan Kemalangan (Borang 21) atau Borang Laporan Penyakit Khidmat (Borang PKS 68 atau PKS 69) atau surat pengenalan daripada majikan semasa mendapatkan rawatan.

13.(S) Dalam keadaan manakah Elaun Layanan Sentiasa dibayar?

(J) Elaun ini dibayar kepada pekerja yang mengalami hilangupaya langsung yang kekal iaitu hilangupaya mencari nafkah 100% atau menghidap keilatan dan disahkan sentiasa memerlukan layanan dari orang lain oleh Jemaah Doktor atau Jemaah Doktor Rayuan. Kadar elaun ialah 40% daripada kadar faedah hilangupaya langsung yang kekal tertakluk kepada bayaran maksimum sebanyak RM500 sebulan. Bayaran dibuat terus kepada penerima faedah.


P/s: Saya bangga dapat menjadi sebahagian dari keluarga PERKESO. Banyak benda dpt saya belajar. Untuk maklumat lebih lanjut, boleh layari laman web rasmi PERKESO.Credit to: www.perkeso.gov.my  

Saturday, August 4, 2012

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)


Petang semalam aku pergi KWSP,lepas tu survey sekali wheelchair untuk opah. Banyak aku nak cerita pasal wheelchair ni. Nanti aku nak bukak satu entri baru untuk wheelchair a.k.a wilcha (teringat Usop Wilcha kat ABPBH 2010).hehe. Okey, berbalik kepada KWSP. Aku pergi bukak akaun sesorang je. Mama just drop by aku kat situ, coz tak de parking time tu. Masuk-masuk pejabat tu, first aku pun tercangak la tak tau nak pi tuju arah mane. Pastu aku nampak sorang mamat kat meja pertanyaan. Terus aku pergi situ tanya-tanya ape yang perlu, dia bagi satu borang dan aku amik nombor.

Untu bukak akaun KWSP, anda hanya perlu membawa kad pengenalan original dan satu salinan kad pengenalan anda. Di sana, anda hanya perlu mengisi satu borang untuk pendaftaran ahli baru. Oh ya! jangan lupa bawa bersama nombor rujukan majikan anda. Meh nak cerita secara lebih formal apa itu KWSP?

Latar Belakang KWSP KWSP merupakan sebuah institusi keselamatan sosial yang ditubuhkan di bawah Undang-Undang Malaysia, Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991 (Akta 452) yang menyediakan faedah persaraan kepada ahlinya melalui pengurusan simpanan mereka secara cekap dan boleh dipercayai. KWSP juga menyediakan sistem yang efisien dan mudah bagi memastikan para majikan memenuhi tanggungjawab undang-undang serta kewajipan moral mereka untuk mencarum kepada KWSP bagi pihak pekerja mereka.

Siapakah Ahli Kami? Pekerja Sektor Swasta dan Pekerja Tidak Berpencen Sektor Awam. Sehingga 31 Disember 2009, KWSP mempunyai seramai 12.35 juta ahli. Bilangan ahli aktif dan masih mencarum adalah seramai 5.79 juta. Bilangan majikan aktif pula adalah seramai 453,716.

Caruman Wajib Caruman adalah wang yang dikreditkan ke akaun individu ahli di KWSP. Amaun tersebut terdiri daripada caruman pekerja dan caruman majikan dan dikira berdasarkan gaji bulanan pekerja. Kadar caruman semasa adalah 23% daripada gaji pekerja dimana 11% adalah caruman pekerja yang dipotong daripada gaji bulanan pekerja manakala 12% adalah caruman oleh majikan.

Alokasi Pelaburan Caruman bulanan anda dilaburkan melalui beberapa instrumen kewangan yang diluluskan untuk menghasilkan pendapatan. Ini termasuklah Sekuriti Kerajaan Malaysia, Instrumen Pasaran Wang, Bon & Pinjaman, Ekuiti dan Hartanah.

Dividen KWSP memastikan simpanan anda selamat dan mendapat dividen yang berpatutan. KWSP menjamin dividen sebanyak 2.5 peratus setahun. Untuk memastikan bayaran dividen, KWSP melaburkan caruman anda melalui instrumen kewangan yang diluluskan bagi mendapatkan pulangan yang optimum. Dividen dimasukkan ke dalam akaun anda setiap tahun. Kadar dividen yang diisytiharkan oleh KWSP adalah tertakluk kepada pulangan pelaburan yang dibuat melalui instrumen-instrumen yang diluluskan. Dividen Tahunan dikira berdasaran baki pembukaan simpanan anda setakat 1hb Januari setiap tahun. Dividen Bulanan pula dikreditkan ke akaun anda berdasarkan jumlah caruman bulanan yang diterima. -Sumber: http://www.kwsp.gov.my/ P/s: Kepada mereka yang berkenaan, jangan lupa mendaftar taw.

Hidup sebagai Pegawai Eksekutif (PENGUATKUASAAN)

Setahun sudah berlalu sejak 11/07/11 aku mula melapor diri di sini sebagai seorang Pegawai Eksekutif (Unit Penguatkuasaan) di PERKESO Temerloh ini. Segala pahit manis aku dah lalui. Berbagai ragam manusia aku dah jumpa.Berurusan dengan kebanyakannya manusia yang lebih berumur dari aku. Mengajar aku erti kesabaran + kematangan + kejujuran + kehidupan. Wooww..banyaknya jenis 'k' yg aku belajar.

Mula2 datang aku sendiri tidak dapat membayangkan apakah jenis tugas yg aku akan lakukan.Bayangan aku, pegawai eksekutif mungkin hanya melibatkan kerja2 pengurusan dan penyeliaan. Tanggapan aku salah. Aku telah ditempatkan dibawah Unit Penguatkuasaan dan sememangnya skop kerja aku melibatkan kerja luar.Boleh kata dalam sebulan tu memang hari2 la keluar.Dalam seminggu awal bulan tu sahaja aku curi2 tak keluar.

Pada permulaannya memanglah mencabar tahap maksima kerja ni.Dah la penat, kadang2 kalau dapat majikan yang banyak songeh lagi penat nak layan. Kita penat2 cari company dia, nak tak nak je dia layan kita.ish2.Nak lebih2 pun dok ingat jugak. Kita ni Goverment Servant, kene jaga imej Socso. Nak sedapkan hati, aku selalu berpegang pada quotoes 'Customer is always right'. Kalau dulu time belajar dekat Uitm dulu ada subjek Customer Service.Aku sangatlah suka subjek ni, sebab senang nak score.Tak payah nak bace buku or hafal beria time exam coz boleh guna common sense saje bila menjawab.,. Tapi bila dah sampai in the real world memang tak sangka la customer service ni is not that easy. Working in this line (customer service) needs a lots of patients.

Bercakap tentang bidang tugas pula aku ditugaskan untuk memeriksa dan menyelia rekod caruman majikan untuk memastikan segala bayaran mereka diuruskan secara teratur. Secara kasarnya aku ditugaskan untuk buat inspection ke premis majikan secara berkala. Selain itu, untuk tugas tambahan, aku juga ditugaskan untuk memberi ceramah kepada majikan dan pekerja untuk meningkatkan lagi tahap kesedaran mereka tentang pentingnya keselamatan sosial. Yang paling best sekali, ialah aku juga ditugaskan bahagian pendakwaan dan kompaun. Maksudnya aku juga handle kes-kes di mahkamah. Setakat ni baru 2 je kes yang aku uruskan di mahkamah. Bab kompoun pula, jika ada aktiviti Ops Kesan aku boleh keluarkan kompoun serta-merta sekitar RM500-RM1000.

So far, aku dah dapat mengikut flow kerja ni. Bab Penguatkuasaan memang dah terrorlah.Tapi kalau orang tanya aku bab faedah, aku stilll blur2 lagi. Yelah, sebab aku tak duduk di unit faedah. Bila kita tak buat benda tu, macam susah sikit lah nak adapt dan faham. Aku anggap semua ni sebagai pengalaman sebab aku start from the scratch as a fresh student. Semoga Allah akan sentiasa kuatkan hati aku untuk mengharungi bidang kerja ini. Amin