Thursday, August 22, 2013
Ikan Masak Asam dan Terung Masak Merah
Sekali lagi aku buat berhujung minggu di Tanjung Malim..
Nothing much to do..
Aku bukan kaki merayap..
Semenjak usia dah makin meningkat..
Aku lebih suka menghabiskan waktu senggang di rumah..
So...
Nak buat apa lagi...
Masak laaa....
Maka terhasillah dua resepi ni..
RESEPI IKAN MASAK ASAM
Bahan-Bahan...
1. 2 ekor ikan (ikan apa pun boleh, tapi aku guna ikan mata besar)
2. 2 ulas bawang putih
3. 3 ulas bawang merah
4. 1 inci halia
5. 1 batang cili merah
6. Sedikit asam (adabi paste)
Cara-Cara...
1. Gorengkan ikan (telah dilumurkan dengan serbuk kunyit dan garam).
2. Asingkan ikan tersebut.
3. Tumiskan bahan (2-3) sehingga garing atau naik bau.
4. Masukkan sedikit air (mengikut kuntiti kuah yang dinginkan).
5. Masukkan sedikit garam dan asam(adabi paste).
6. Tunggu hingga menggelegak.
7. Masukkan ikan dan biarkan seketika.
8. Siap.
RESEPI TERUNG MASAK MERAH
Bahan-bahan...
Monday, August 19, 2013
Periuk Nasi Comel
![]() |
| Baru bukak dari kotak :) |
![]() | |||||
| Detail about this periuk |
![]() |
| Periuk nasi lama VS Periuk nasi baru, comey tak?comey tak? |
Sebelum ni aku tinggal menyewa di SLIM RIVER..
Baru dalam DUA BULAN ni aku pindah ke dalam KUARTERS POLITEKNIK
Sini aku tinggal bertiga..
Dua orang lagi pensyarah JKM...
Kak Siti Aminah ngn Nabila..
So far, aku rase diorang ni ok je...
Happy la dok sini..
Katil, almari sume lengkap..(Kerajaan punyer)
Dulu sakit belakang kene tido atas tilam..
Peti ais, Tv ngan dapur pun ade..(Kak Siti ngn Nabila punyer)
Kebetulan aku ade mesin basuh...
So complete house...
Ok, berbalik kepada tajuk cerita..
Sempena aku berpindah ke rumah baru ni...
Mama hadiahkan aku sebijik periuk nasi yang comeyyy..
See....sayangnye mama kat aku (perasan hehe)...
Suke sangat periuk nasi ni..
Rase nak masak nasi hari-hari..
Ok tipu..
Rase je, takkan masak hari-hari pun..
Sebab kalo aku tak balik Taiping,
and terpaksa spends weekends disini..
Baru aku masak..
Periuk ni jenama PENSONIC..
HARGA RM69.90..
Beli kat THE STORE taiping...
Sesuai untuk famili kecik, (makan 1-2 orang)...
Voltage: 220-240 ~ 50Hz...
Power: 300-350W.0.6L
Dapat percuma steam tray yg comel, senduk nasi dan penyukat beras...
Thursday, July 18, 2013
Wahai ASHRAFF MUSLIM.. :(
Akhir-akhir ni kecoh pasal kes ASHRAFF MUSLIM dan DAYANA..
Hmm..terkejut masa mula-mula dengar kes ni ditambah sedih seorang wanita..
Dulu Ashraff antara barisan artis yang aku sanjung kerana perawakkannya, sekarang tidak lagi..
Out of the list..
Sanggup kan Ashraff ni buat camtu kat isteri die..
Memang dasar lelaki, datang dan pergi bila kau suka...
Di bawah ni nukilan hati DAYANA isteri ASHRAFF, sedih sgt bace :(
"Sucinya aku, kau miliki ketika di Makkah Hebatnya dia, kau sembunyikan ketika di Thailand "
Sungguh ! Beratnya memegang kasih dan cinta pada seorg suami ! Berdoa agar jodoh dia mmg milik aku seorang smpai mati dan sungguh ..andai jodoh dia t ...etap ada bersama org lain , aku akan terima dgn terbuka dan terus kuat mcm yg mami lakukan !!
Percaya pada jodoh ! Percaya pada ketentuan ! Menangis air mata darah pon kalau takdir dah begitu..kita ada dua pilihan, terima atau menarik diri !!!
Tak usah bicara tentang payung emas
Kerana
Aku belum layak iktiraf diri sesuci khadijah atau fatimah
Tak usah bicara tentang zuriat
Kerana
Aku bukan Allah...mudah menyebut kun fa ya kun...
Tak usah bicara tentang setia
Kerana
Aku pasti kau tahu aku bukan perempuan jalanan
Tak usah bicara tentang tanggungjwb
Kerana
Aku tahu kau lebih arif tentang itu
Tak usah bicara tentang kesempurnaan
Kerana
Aku terima kekurangan kau kerana Allah
Tak usah bicara tentang dia
Kerana
Aku diasingkan darimu kerana dia
Sucinya aku, kau miliki ketika di Makkah
Hebatnya dia, kau sembunyikan ketika di Thailand..
Berhenti beralasan ini semua jodoh ketentuan Allah...
Kerana satu dunia tahu
Hanya itu lah jawapan mudah utk lepaskan kekhilafan yg disengajakan...
Tuesday, July 9, 2013
Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan :)
Salam Ramadhan semua..
Ya! Ramadhan sudah hampir tiba..
Bulan yang dinantikan bagi mereka yang mengejar untuk membuat amal kebaikan..
Buat para gadis di luar sane, dah habes ganti puase? hehe..
Kalau tak habis nanti kene bayar fidyah taw..
Aku punya azam tahun ni..
That's why i make a post..
Sebab org kate, kalau kita berazam sesuatu..
Kita sematkan di hati dan TULIS atas kertas (mine blog)..
Barulah kita rase lebih terdorong untuk capai ape yg kite nak tu.. :)
Ramadhan kali ni,
Secara generallnya aku mahu berubah ke arah yang lebih baik..
Below is "My Ramadhan Wish List"..
"Yani's Ramadhan Wish List"
1. Perbaiki solat (bacaan + khusyuk)
2. Hari-hari baca Quran
3. Hari-hari berDOA
4. Hayati puasa dan bulan ramadhan dengan sepenuh hati

Saturday, June 29, 2013
HEROES
One thing yang aku belajar dari mama, cuba cari kekuatan dalam diri sendiri. Tak perlu bergantung dengan org lain, terutamanya lelaki. Insyaallah kita boleh capai apa yang kita nak kalau kita kuat semangat dan berusaha.
HEROES !!!
There's a hero
If you look inside your heart
You don't have to be afraid
Of what you are
There's an answer
If you reach into your soul
And the sorrow that you know
Will melt away
[Chorus]
And then a hero comes along
With the strength to carry on
And you cast your fears aside
And you know you can survive
So when you feel like hope is gone
Look inside you and be strong
And you'll finally see the truth
That a hero lies in you
It's a long, road
When you face the world alone
No one reaches out a hand
For you to hold
You can find love
If you search within yourself
And the emptiness you felt
Will disappear
[Chorus]
Lord knows
Dreams are hard to follow
But don't let anyone
Tear them away
Hold on
There will be tomorrow
In time you'll find the way
And then a hero comes along
With the strength to carry on
And you cast your fears aside
And you know you can survive
So when you feel like hope is gone
Look inside you and be strong
And you'll finally see the truth
That a hero lies in you
That a hero lies in you
That a hero lies in you
Monday, June 17, 2013
JUST GIVE ME A REASON
got this from someone.i understood every inch of this lyric is about us.you always ask why, and want us to be back together again.i just know that i want to move on. i will always remember u as a good friend of mine.
Sunday, June 16, 2013
Puding Roti.
Salam semua,
Harap anda semua baik-baik saje.
Harini sy nk upload gamba and resipi puding roti.
Minggu lepas buat, harini baru terasa nak update.
Ni first time taw try buat, sebab teringin.
Pernah makan kat hotel 2-3 kali, rase die sedap sgt.
Tu yg try cari resipi and buat.
Bahan-bahan
1. 8 keping roti
2. 2 biji telur
3. 1 sudu teh esen vanila
4. 2 cawan susu segar
5. 4 sudu makan gula halus
6. 2 sudu makan mentega
7. 1 sudu makan tepung jagung
8. 2 sudu makan tepung jagung
Bahan untuk sos kastard
9.1 tin susu cair
10. 2 sudu makan tepung kastard
11 2 sudu makan gula
Cara-cara
1. Koyakkan roti dan rendamkan dalam susu segar selama 30 minit.
2. Campurkan dan gaul rata gula halus, mentega, telur, esen vanilla, tepung jagung.
3. Tuangkan ke dalam loyang (roti yang telah direndam bersama campuran bahan di cara ke2).
4. Taburkan kismis.
5. Bakar pada suhu 180C selama 30 minit ataupun sehingga masak.
6. Untuk sos kastard, campurkan susu cair, tepung kastard dan gula.
7. Masakkan di atad api yang sederhana kecil.
Monday, June 10, 2013
Please don't go...........
If i could say "Please don't go",
But i can't,
Although my hearts really mean it,
But my mouth keep telling you to go.
Too much misunderstanding in the beginning,
Shows a bad sign to me,
Though you were different from other guy,
But again im wrong,
You just another guy.
Hope you'll be fine.
Serawa Durian :)
Hey hey hey,
Jom tengok acane care aku buat serawa durian..
Bahan-bahan:
1. 10 ulas durian
2. 4 helai daun pandan
3. santan/ susu sejat
4. gula garam
Cara-Cara:
Basically aku ada dua cara nak buat serawa ni, dah try dua-dua pun jadi. Satu cara mama, satu cara opah.Well, org ade dua guru:)
Cara Opah:
1. Masukkan durian dlm periuk bersama sedikit air.
2. Kacau dan panaskan hingga isinya terkeluar dari biji.
3. Masukkan daun pandan.
4. Bila mendidih, tambah santan, gula and garam.
5. Siap untuk dihidang.
Cara mama:
1. Masukkan santan dan tambah sedikit air.
2. Setelah mendidih, masukkan durian.
3. Kacau seketika dan masukkan daun pandan, garam, gula.
4. Siap untuk dihidang.

Tom Yam bujang.
Seminggu lepas, aku bercuti panjang...
Ramai yang bertanya kenapa aku bercuti...
Hmmm...susah jugak nak jawab...
Aku just cakap, saje nak berehat...
Tenangkan minda dari sume bende...
Aku ni selalu rase nak lari...
Lari pegi mana pun taktaw la...
To me, home is the best place to keep me calm..
So, sepanjang minggu yang panjang tu..
Salah satu aktiviti yang aku buat adalah memasak..
Aku sedar, skill memasak aku makin tumpul...
Sebab dah memang jarang gila masak....
TOM YAM.. antara lauk favourite..dan aku paling suka masak..
Sebab senang dan lazat....
Kalau aku sakit or nafsu makan tak brapa nak ada..
Buat tomyam gerenti perut aku boleh terima jugak :)
Rasenya tak payah tunjuk cara and bagitaw bahan kot.
Budak darjah 5 pun pandai buat tomyam.hehe
Below is my tom yam...nampak sedap takk??
Masak untuk makan sorang, jadi la :)
p/s: sila abaikan comot2 di tepi periuk

Wednesday, June 5, 2013
Oh Lelaki!
Lelaki datang dan pergi.
Tak paham aku dengan makhluk tuhan ni.
Kadang-kadang ada yg berhati terlalu keras,
Ada jugak yg terlalu fragile macam 'baby'.
Ada jugak yg terlalu fragile macam 'baby'.
Tak boleh silap sikit.
Cepat benar sensitifnya.
Jujur, aku bukan seorang yang begitu terlalu penyayang,
Untuk melayan si lelaki yang terlalu fragile hatinya.
Untuk melayan si lelaki yang terlalu fragile hatinya.
Kamu mahu pergi, aku dah malas mahu tahan.
Silakan....
Mungkin kau bukan jodoh aku.
Aku juga punya problem yg perlu aku pikirkan dan selesaikan.
Bukan soal kamu saja.
Jika mahu disamping aku,
Kamu harus dampingi aku dan bertahan dgn segala problem aku.
Kamu harus dampingi aku dan bertahan dgn segala problem aku.
Jika tidak..
Kamu harus pergi..
Wednesday, April 3, 2013
Cooking skill
Arghhhh...dah lama tak memasak. skill dah tumpul. minggu ni kene masak jugak. simple pun takpe. asal masak :) Haritu try masak, masak lemak...huwaaaa..tak jadi.ceroii semacam..lama tak masak camni la jadinye. Pastu bila duduk umah bujang, sume pakai instant.habislaaa.rosak2.
Wednesday, March 13, 2013
RINDU
Kadang-kadang rasa rindu.
Rindu pada suara, gelak tawa, suasana, TEMPAT LAMA dulu.
Walaupun jauh beribu batu dari kampung halaman.
Suasana di sana buat aku rasa macam berada dirumah.
Mula-mula memang aku janggal.
Yelah, dengan faktor bahasa, budaya dan makanan yg sesetengahnye berbeza dgn orang utara.
Buat aku rasa kaget.
Tapi tak aku sangka, at last aku berjaya.
Mereka buat aku rasa jatuh suka, jatuh cinta, jatuh tangga dan sbg.
Sampai diorang pun pelik aku boleh suka sangat dekat Ikan Phatin.
Boleh kata seminggu sekali HARUS makan.
Biar mahal takpe, janji puas hati.
Paling best Gerai Makan dekat tepi sungai.
Hari Ahad pula, taklupa untuk kami singgah Pekan Sehari.
Officemate di sana buat aku rasa senang hati.
Semua taraf abang-abang, kakak-kakak and pak cik- pak cik.
Aku masuk sebagai pegawai yg paling muda kat sana.
Nasihat, bimbingan, gurau senda dan kasih sayang yg aku mungkin takkan dpt kat tempat lain
Asyik2 makan makan makan.
Ada saja yg tukang sponser makanan.
Baik makan pagi, makan tgh hari mahupun petang.
Kadang-kadang aku juga tak loket untuk keluarkan wang untuk belanja yg lain.
Geng2 lelaki memang kuat menyakat.
Sampai aku rasa nak meletup kadang2.
Memang jadi bahan saja la aku ni.
Si kakak-kakak wanita pulak kuat bergosip.
Aku join saja. Masuk telinga kiri, keluar telinga kanan.
Kak Sarimah, Kak Ina, Kak siti kuasa dua. thanks for everything.
Banyak sangat hamba Allah ni dah bantu aku dalam kerja.
Paling aku sayang unit penguatkuasaan.
Walau sentiasa bertimbun fail untuk aku semak.
Timbunan fail itu buat aku rasa rindu.
Ketua unit En Wan
Sentiasa bagi arahan dgn cara yg paling cool
Kalau nak perli kerja tak siap
Sentiasa dalam nada gurau.
So aku memang tak pernah terasa hati.
Rindu nak pergi Ops kesan, nak saman dan kompoun org.
Rindu nak pergi mahkamah, jadi peguam perkeso dan buat sebutan kes.
Rindu nak pergi melawat rumah OB, pergi bagi cek.
Rindu housemate dan umah sewa lama, sebab rasa comfortable sangat.
Pergi buat inspection, memang tak rindu, sebab penat mental dan fizikal.ehheheh
Terima kasih PERKESO TEMERLOH PAHANG
Bagi aku seribu satu memori yg aku takkan pernah lupa.
Nanti free, Insyaallah akan aku turun ke sana melawat anda semua.
Saturday, February 23, 2013
Apa yg dikejar?
Apa yg dikejar?
Aku sendiri masih belum pasti.
Segulung ijazah telah kugenggam.
Tapi hati ini masih belum complete
Masih rasa missing di beberapa sudut diri
Mahu sambung belajar..
Arghhh..tak sanggup.
Banyak lagi perlu aku pikirkan.
PTPTN dulu pun masih belum habis bayar.
Aku rasa tak dapat nk fokus kalo kerja sambil belajar.
Kalo ade teman mungkin semagat aku lebih kuat.
Teman...bila kamu mau muncul?
Dari sudut kerjaya.
Am i choosing the right career?
Mungkin!
Terlajak perahu boleh di undur,
Tapi terlajak perbuatan or pilihan?
Sendiri mau tanggung la
So far ok je kot,
Mungkin ade beberapa sisi di PSAS ni,
yg masih membuatkan aku kurang senang,
Takpa la,
Pelan-pelan kayuh,
Lama-lama nanti seronok la tu,
Aku bagi tempoh setahun pada diri aku
untuk jatuh cinta pada PSAS.

Wednesday, February 6, 2013
Tiada tajuk
Hidup ni,
Kita sendiri yang tentukan.
Kalau fikir bosan,
Maka bosanlah jadinya.
Kalau fikir malas,
Maka malaslah jadinya.
Kita sendiri yang tentukan.
Kalau fikir bosan,
Maka bosanlah jadinya.
Kalau fikir malas,
Maka malaslah jadinya.
Saturday, February 2, 2013
Kadang-kadang
Kadang-kadang,
Rasa kosong,
Rasa kelam-kelibut,
Rasa semua benda tak sempat nak buat.
Dengan tugas hakiki yang PERLU dilaksanakan setiap hari,
Tugas sampingan juga menjadi salah satu BEBANAN kami.
Kelas kena keta batal tanpa sebab yg munasabah.
Kesian student.
Sampai satu masa,
Rasa macam arghhhhhh,
Bila semua ni akan berakhir?
Pikir-pikir balik,
Mungkin salah aku,
Tak pandai manage masa,
Suka buat kerja last minit.
So after this,
Please be more dicipline,
Don't procrastinate your work,
Make a planner,
Be punctual on the deadline
Please improve yourself my dear :)

Thursday, December 6, 2012
Rahsia Jodoh
Jodoh ada 3 kategori.
1. Cepat
2. Lambat sedikit
3. Ditundakan jodoh sehingga di akhirat kelak (tidak bertemu jodoh)
Cara mempercepatkan jodoh:
1. Luaskan pergaulan
Bila bertemu ramai org, mungkin akan bertemu dgn org yg sesuai dgn kita. Jangan asyik berkawan dalam kelompok yg kita selesa. Bila kita terlalu selesa dgn seseorang, agak sukar untuk timbul rasa kasih sayang yg lebih dari seorang sahabat.
2. Minta bantuan pd org lain
Jgn malu utk minta bantuan pada org lain, ada masa dah mencari, tapi masih belum dpt betemu dengan yg serasi. Mungkin boleh minta bantuan keluarga atau sahabat handai.
3. Jgn terlalu mencari yg sempurna
Dalam dunia ni takda org yg sempurna, kecuali Allah. Cuba ukur pd kemampuan dri sendiri, adakah kita sama padan atau sama cocok. Terimalah seadanya.
Ingatlah kita takkan bertemu jodoh dgn org yg sama dgn kita, kita akan bertemu dgn org yg sgt2 berbeza dgn kita. Kerana Allah telah tentukan sesama kita saling melengkapi. Jodoh ibarat cermin, bila kita angkat tanagan kanan, kita akan nampak tangan kiri.
Tips-Tips Untuk Mendapatkan Jodoh
Disingkatkan kepada perkataan DUIT
D: Doa.
Bagaimana doa yg kita panjatkan selepas solat.
Contoh:Surah Al anbia' ayat 89 "Ya Allah, jgn matikan aku keseorangan.........................................."
Suarah AlFurqan ayat 74 " Ya Allah, kurniakan kami isteri dan anak2 yg baik..................................."
U: Usaha.
Berusaha bersungguh-sungguh.Jodoh takkan datang kalau kita tak berusaha.
I: Ikhtiar
Ikhtiar adalah berusaha dengan cara yang lebih agresif, list down, pilih yg terbaik. Setelah dpt berjumpa dgn mereka yg boleh dijadikan calon suami atau isteri, buat pilihan yg terbaik. Pilih pada agama, kerana dgn agamalah yg akan membawa kita sehingga ke akhir hayat
T: Tawakal
Setelah berusaha dan berikhtiar semua, bertawakal kpd Allah, kenapa perlu tawakal? Bila perkahwinan berjaya, individu berkenaan tidak akan sombong dan jikalau tidak berjaya jgn terlalu stress atau pilih jalan pendek.
Sumber:- Alhidayah Tv3 7/12/12
Tuesday, September 4, 2012
Rezeki ramadhan, kerja baru.
Syukur Alhamdulillah. Berkat ramadhan tahun ini, sy dapat satu berita gembira. Yesss... i got a new job. Because of my family mostly come from this line, i fell in love with job since i was young. Rasa macam ini satu kerjaya yang mulia that i can contribute something to anak-anak bangsa. Hopefully, sy akan dapat total satisfaction, selesa dengan kerjaya baru ini. Well, forgot to say, my post is PPPT DH41. Senang kata, pensyarah Politeknik. Sy ditempatkan kat Politeknik Behrang, Perak. 50% happy sebab still in Perak, but 50% unhappy sebab walaupun kat Perak, this place is Perak yg jauh. Bukan Perak yang dekat.
Hari ni 4 Sept 2012, minggu depan 12 Sept 2012 dah nak lapor diri. Seram sejuk rase. Yelah, kene start dari bawah balik. Nak cari rumah sewa, nak kenali environment, cari kawan baru, belajar kerja baru and so on. Walhal, sekarang sy dah stabil kat Temerloh ni dari segi rumah sewa dah ok, kawan2 pun dah rapat & ok, kerja kat pejabat pun dah boleh cope. Tapi takpelah, orang kate hidup ni kene ada pengorbanan dan berani mengambil risiko. Kalau kita tak buat semua bende ni, macammana nak dapat peluang or rezeki yang lebih baik.
Sy harap, kerjaya ni mampu mengubah saya dan segaligus mendidik saya lebih ke arah kebaikan. Nak didik orang lain kene lah betulkan diri sendiri dulu kan. Semoga sy berjaya mengharungi bulan September ini dengan penuh tabah dan segala-galanya berjalan dengan lancar. Harap sangat dapat kawan-kawan yang best (satu kepala) dan student yang memahami. Alahhh..chill okey. Buat kerja penguatkuasaan yg tough giler ni pun lepas, setakat nak pergi tempat baru, boleh punyerr.(ayat penyedap hati)hehe. Goodbye Temerloh, Behrang! please treat me nicely. AZYATI ILYANI AZNAN, you can do it! Chayokkk!
Thursday, August 9, 2012
Apakah itu PERKESO ?
Bagi yang bekerja di dalam sektor kerajaan berkemungkinan mereka tidak tahu atau kurang arif tentang apakah itu PERKESO. Bagi yang bekerja di bidang swasta kebanyakannya mungkin lebih familiar dgn PERKESO. At least org2 keje swasta bila tgk slip gaji, boleh lihat ada deduction for SOCSO.
PERKESO adalah singkatan kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Bahasa Melayu), dan juga dikenali sebagai SOCSO yg merupakan singkatan kepasa Social Security Organization (Bahasa Inggeris).
Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) ditubuhkan pada tahun 1971 di bawah Kementerian Sumber Manusia (sebelum ini dikenali sebagai Kementerian Buruh) untuk melaksana dan mentadbir Skim-skim Keselamatan Sosial di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja, 1969, iaitu Skim Insuran Bencana Pekerjaan dan Skim Pencen Ilat. Di bawah skim-skim ini, pekerja diberi perlindungan berkaitan bencana pekerjaan termasuk kemalangan semasa menjalankan pekerjaan, penyakit khidmat, keilatan dan kematian.
Di antara fungsi yang dilaksanakan oleh PERKESO ialah mendaftar majikan dan pekerja, mengutip caruman majikan dan pekerja, memproses tuntutan dan membayar faedah kepada pekerja yang ditimpa malang dan orang tanggungannya. Di samping itu, PERKESO juga menyediakan faedah pemulihan jasmani dan vokasional serta memupuk kesedaran keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
Pada Julai 1985, status PERKESO sebagai Jabatan Kerajaan telah diubah kepada sebuah Badan Berkanun.
Manakala pada 1 Januari 1992, PERKESO telah melaksanakan sistem saraannya sendiri, iaitu Sistem Saraan Baru PERKESO (SSBP).
MISI PERKESO
Memberi perlindungan keselamatan sosial kepada pekerja dan tanggungan mereka menerusi Skim-skim Keselamatan Sosial serta meningkatkan kesedaran keselamatan dan kesihatan pekerjaan demi meningkatkan kesejahteraan sosial pekerja
VISI PERKESO
Peneraju Keselamatan Sosial Yang Unggul Dan Cemerlang
1. (S) Siapakah yang dikategorikan sebagai pekerja di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969?
(J) Pekerja yang dimaksudkan adalah seorang yang diambil bekerja dengan bergaji di bawah satu kontrak perkhidmatan atau kontrak perantisan dengan seorang majikan, sama ada kontrak itu nyata atau disifatkan ada atau dengan lisan atau dengan bertulis, dalam atau berhubung dengan kerja sesuatu perusahaan yang diliputi di bawah Akta.
2.(S) Adakah pekerja sementara/pekerja tidak tetap wajib dilindungi oleh PERKESO?
(J) Pekerja sementara atau tidak tetap adalah wajib didaftarkan dengan PERKESO.
3.(S) Perlukah majikan memaklumkan kepada PERKESO bagi pekerja yang berhenti?
(J) Majikan perlu mengisi tarikh pekerja berhenti di dalam borang 8A dan membuat tanda X di ruang-ruang Borang 8A.
4. (S) Apakah had umur pekerja untuk mencarum?
(J) Semua pekerja yang layak perlu didaftar tanpa mengira berapakah umur mereka. Untuk pekerja yang berumur 55 tahun ke bawah, majikan perlu membayar caruman jenis pertama dan apabila berumur mencapai umur 55 tahun genap, majikan hanya perlu membayar caruman jenis kedua sahaja. Pekerja yang berumur lebih 50 tahun semasa pertama kali masuk kerja di perusahaan yang layak di bawah Akta dan belum pernah mencarum, perlu membayar caruman jenis kedua.
5.(S) Adakah penalti dikenakan kepada majikan yang tidak mendaftar/mencarum?
(J) Majikan boleh didakwa dan dikenakan tindakan denda sehingga RM10,000 atau dipenjara sehingga 2 tahun atau kedua-duanya sekali.
6.(S) Bagaimanakah menentukan kadar caruman dan cara membayar caruman PERKESO?
(J) Kadar caruman pekerja adalah berdasarkan kepada gaji pekerja iaitu termasuk upah, kerja lebih masa, komisen dan caj perkhidmatan, bayaran cuti tahun, sakit, bersalin, rehat, kelepasan am, elaun insentif, sara hidup, perumahan dan sebagainya. Semua pembayaran sama ada mengikut jam, harian, mingguan, bulanan, hasil kerja adalah dianggap gaji. Kadar caruman bulanan bagi syer majikan dan syer pekerja adalah seperti ditunjukkan pada Jadual Caruman berdasarkan 34 kategori gaji.
7.(S) Di manakah pembayaran caruman boleh dilakukan?
(J) Bayaran caruman boleh dilakukan di bank-bank yang telah dilantik seperti Maybank, CIMB, Public Bank, RHB, Pejabat-pejabat Pos (bagi Sabah & Sarawak) dan bank-bank yang dikhaskan bagi kawasan tertentu.
8. (S) Bagaimanakah perkiraan caruman PERKESO dibuat sekiranya pekerja berhenti pada pertengahan bulan?
(J) Majikan hanya perlu membuat pembayaran caruman berdasarkan kepada jumlah gaji pekerja yang dibayar kepada pekerja untuk bulan itu. Contohnya sekiranya pembayaran gaji dilakukan sehingga 15 hb, caruman tersebut juga berdasarkan gaji bagi 15 hari bekerja sahaja.
9.(S) Kenapakah Faedah Caruman Lewat Bayar (FCLB) dikenakan kepada majikan?
(J) Majikan adalah berliabiliti untuk membayar caruman bulanan tidak lewat dari hari terakhir bulan berikutnya. Contohnya caruman bulan Januari hendaklah dibayar selewat-lewatnya pada 28 Februari. FCLB dikenakan kerana lewat membayar caruman dan kadarnya ialah sebanyak 6 peratus setahun bagi setiap satu hari caruman lambat dibayar. Sekiranya, faedah dikira adalah kurang dari RM5, faedah sebanyak RM5 sebulan adalah dikenakan.
10.(S) Bagaimanakah cara untuk membayar FCLB?
(J) FCLB boleh dibayar di Bank RHB dan Public Bank sahaja dengan mengemukakan notis surat FCLB kepada bank untuk dicop tarikh terima dan nyatakan nombor akaun PERKESO untuk pembayaran. Majikan tidak perlu mengisi slip bank. Pembayaran cek bagi setiap satu bulan FCLB hendaklah diasingkan.
11.(S) Bagaimanakah melaporkan kemalangan dan dokumen-dokumen yang diperlukan untuk membuat tuntutan?
(J) Majikan hendaklah melaporkan kepada PERKESO dengan mengisi Laporan Kemalangan (Borang 21) dan kemukakan bersama Borang Tuntutan (Borang 10), kad perakam waktu atau rekod kedatangan, sijil cuti sakit dan salinan kad pengenalan kepada Pejabat PERKESO berkenaan untuk kemalangan semasa di tempat kerja. Jikalau kemalangan berlaku semasa ke tempat kerja atau balik kerja, perlu disertakan laporan polis dan peta lakar yang menunjukkan arah perjalanan yang dilalui pekerja semasa kemalangan.
12 (S) Adakah PERKESO tanggung kos rawatan perubatan ? Di manakah boleh perolehi rawatan?
(J) Seseorang pekerja yang ditimpa kemalangan berkaitan pekerjaan, perjalanan atau menghidap penyakit khidmat layak menerima rawatan perubatan percuma di klinik panel PERKESO atau klinik/hospital kerajaan. Pekerja dikehendaki membawa Borang Laporan Kemalangan (Borang 21) atau Borang Laporan Penyakit Khidmat (Borang PKS 68 atau PKS 69) atau surat pengenalan daripada majikan semasa mendapatkan rawatan.
13.(S) Dalam keadaan manakah Elaun Layanan Sentiasa dibayar?
(J) Elaun ini dibayar kepada pekerja yang mengalami hilangupaya langsung yang kekal iaitu hilangupaya mencari nafkah 100% atau menghidap keilatan dan disahkan sentiasa memerlukan layanan dari orang lain oleh Jemaah Doktor atau Jemaah Doktor Rayuan. Kadar elaun ialah 40% daripada kadar faedah hilangupaya langsung yang kekal tertakluk kepada bayaran maksimum sebanyak RM500 sebulan. Bayaran dibuat terus kepada penerima faedah.
P/s: Saya bangga dapat menjadi sebahagian dari keluarga PERKESO. Banyak benda dpt saya belajar. Untuk maklumat lebih lanjut, boleh layari laman web rasmi PERKESO.Credit to: www.perkeso.gov.my

Saturday, August 4, 2012
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
Petang semalam aku pergi KWSP,lepas tu survey sekali wheelchair untuk opah. Banyak aku nak cerita pasal wheelchair ni. Nanti aku nak bukak satu entri baru untuk wheelchair a.k.a wilcha (teringat Usop Wilcha kat ABPBH 2010).hehe. Okey, berbalik kepada KWSP. Aku pergi bukak akaun sesorang je. Mama just drop by aku kat situ, coz tak de parking time tu. Masuk-masuk pejabat tu, first aku pun tercangak la tak tau nak pi tuju arah mane. Pastu aku nampak sorang mamat kat meja pertanyaan. Terus aku pergi situ tanya-tanya ape yang perlu, dia bagi satu borang dan aku amik nombor.
Untu bukak akaun KWSP, anda hanya perlu membawa kad pengenalan original dan satu salinan kad pengenalan anda. Di sana, anda hanya perlu mengisi satu borang untuk pendaftaran ahli baru. Oh ya! jangan lupa bawa bersama nombor rujukan majikan anda. Meh nak cerita secara lebih formal apa itu KWSP?
Latar Belakang KWSP KWSP merupakan sebuah institusi keselamatan sosial yang ditubuhkan di bawah Undang-Undang Malaysia, Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991 (Akta 452) yang menyediakan faedah persaraan kepada ahlinya melalui pengurusan simpanan mereka secara cekap dan boleh dipercayai. KWSP juga menyediakan sistem yang efisien dan mudah bagi memastikan para majikan memenuhi tanggungjawab undang-undang serta kewajipan moral mereka untuk mencarum kepada KWSP bagi pihak pekerja mereka.
Siapakah Ahli Kami? Pekerja Sektor Swasta dan Pekerja Tidak Berpencen Sektor Awam. Sehingga 31 Disember 2009, KWSP mempunyai seramai 12.35 juta ahli. Bilangan ahli aktif dan masih mencarum adalah seramai 5.79 juta. Bilangan majikan aktif pula adalah seramai 453,716.
Caruman Wajib Caruman adalah wang yang dikreditkan ke akaun individu ahli di KWSP. Amaun tersebut terdiri daripada caruman pekerja dan caruman majikan dan dikira berdasarkan gaji bulanan pekerja. Kadar caruman semasa adalah 23% daripada gaji pekerja dimana 11% adalah caruman pekerja yang dipotong daripada gaji bulanan pekerja manakala 12% adalah caruman oleh majikan.
Alokasi Pelaburan Caruman bulanan anda dilaburkan melalui beberapa instrumen kewangan yang diluluskan untuk menghasilkan pendapatan. Ini termasuklah Sekuriti Kerajaan Malaysia, Instrumen Pasaran Wang, Bon & Pinjaman, Ekuiti dan Hartanah.
Dividen KWSP memastikan simpanan anda selamat dan mendapat dividen yang berpatutan. KWSP menjamin dividen sebanyak 2.5 peratus setahun. Untuk memastikan bayaran dividen, KWSP melaburkan caruman anda melalui instrumen kewangan yang diluluskan bagi mendapatkan pulangan yang optimum. Dividen dimasukkan ke dalam akaun anda setiap tahun. Kadar dividen yang diisytiharkan oleh KWSP adalah tertakluk kepada pulangan pelaburan yang dibuat melalui instrumen-instrumen yang diluluskan. Dividen Tahunan dikira berdasaran baki pembukaan simpanan anda setakat 1hb Januari setiap tahun. Dividen Bulanan pula dikreditkan ke akaun anda berdasarkan jumlah caruman bulanan yang diterima. -Sumber: http://www.kwsp.gov.my/ P/s: Kepada mereka yang berkenaan, jangan lupa mendaftar taw.

Subscribe to:
Posts (Atom)