Thursday, December 6, 2012

Rahsia Jodoh

Jodoh ada 3 kategori.

1. Cepat
2. Lambat sedikit
3. Ditundakan jodoh sehingga di akhirat kelak (tidak bertemu jodoh)


Cara mempercepatkan jodoh:

1. Luaskan pergaulan
Bila bertemu ramai org, mungkin akan bertemu dgn org yg sesuai dgn kita. Jangan asyik berkawan dalam kelompok yg kita selesa. Bila kita terlalu selesa dgn seseorang, agak sukar untuk timbul rasa kasih sayang yg lebih dari seorang sahabat.

2. Minta bantuan pd org lain
Jgn malu utk minta bantuan pada org lain, ada masa dah mencari, tapi masih belum dpt betemu dengan yg serasi. Mungkin boleh minta bantuan keluarga atau sahabat handai.

3. Jgn terlalu mencari yg sempurna
Dalam dunia ni takda org yg sempurna, kecuali Allah. Cuba ukur pd kemampuan dri sendiri, adakah kita sama padan atau sama cocok. Terimalah seadanya.


Ingatlah kita takkan bertemu jodoh dgn org yg sama dgn kita, kita akan bertemu dgn org yg sgt2 berbeza dgn kita. Kerana Allah telah tentukan sesama kita saling melengkapi. Jodoh ibarat cermin, bila kita angkat tanagan kanan, kita akan nampak tangan kiri.


Tips-Tips Untuk Mendapatkan Jodoh

Disingkatkan kepada perkataan DUIT

D: Doa. 
Bagaimana doa yg kita panjatkan selepas solat. 
Contoh:Surah Al anbia' ayat 89 "Ya Allah, jgn matikan aku keseorangan.........................................." 
Suarah AlFurqan ayat 74 " Ya Allah, kurniakan kami isteri dan anak2 yg baik..................................."

U: Usaha. 
Berusaha bersungguh-sungguh.Jodoh takkan datang kalau kita tak berusaha.

I: Ikhtiar
Ikhtiar adalah berusaha dengan cara yang lebih agresif, list down, pilih yg terbaik. Setelah dpt berjumpa dgn mereka yg boleh dijadikan calon suami atau isteri, buat pilihan yg terbaik. Pilih pada agama, kerana dgn agamalah yg akan membawa kita sehingga ke akhir hayat

T: Tawakal
Setelah berusaha dan berikhtiar semua, bertawakal kpd Allah, kenapa perlu tawakal?  Bila perkahwinan berjaya, individu berkenaan tidak akan sombong dan jikalau tidak  berjaya jgn terlalu stress atau pilih jalan pendek.


Sumber:- Alhidayah Tv3 7/12/12

Tuesday, September 4, 2012

Rezeki ramadhan, kerja baru.

Syukur Alhamdulillah. Berkat ramadhan tahun ini, sy dapat satu berita gembira. Yesss... i got a new job. Because of my family mostly come from this line, i fell in love with job since i was young. Rasa macam ini satu kerjaya yang mulia that i can contribute something to anak-anak bangsa. Hopefully, sy  akan dapat total satisfaction, selesa dengan kerjaya baru ini. Well, forgot to say, my post is PPPT DH41. Senang kata, pensyarah Politeknik. Sy ditempatkan kat Politeknik Behrang, Perak. 50% happy sebab still in Perak, but 50% unhappy sebab walaupun kat Perak, this place is Perak yg jauh. Bukan Perak yang dekat.

Hari ni 4 Sept 2012, minggu depan 12 Sept 2012 dah nak lapor diri. Seram sejuk rase. Yelah, kene start dari bawah balik. Nak cari rumah sewa, nak kenali environment, cari kawan baru, belajar kerja baru and so on. Walhal, sekarang sy dah stabil kat Temerloh ni dari segi rumah sewa dah ok, kawan2 pun dah rapat & ok, kerja kat pejabat pun dah boleh cope. Tapi takpelah, orang kate hidup ni kene ada pengorbanan dan berani mengambil risiko. Kalau kita tak buat semua bende ni, macammana nak dapat peluang or rezeki yang lebih baik.

Sy harap, kerjaya ni mampu mengubah saya dan segaligus mendidik saya lebih ke arah kebaikan. Nak didik orang lain kene lah betulkan diri sendiri dulu kan. Semoga sy berjaya mengharungi bulan September ini dengan penuh tabah dan segala-galanya berjalan dengan lancar. Harap sangat dapat kawan-kawan yang best (satu kepala) dan student yang memahami. Alahhh..chill okey. Buat kerja penguatkuasaan yg tough giler ni pun lepas, setakat nak pergi tempat baru, boleh punyerr.(ayat penyedap hati)hehe. Goodbye Temerloh, Behrang! please treat me nicely. AZYATI ILYANI AZNAN, you can do it! Chayokkk!

Thursday, August 9, 2012

Apakah itu PERKESO ?

Bagi yang bekerja di dalam sektor kerajaan berkemungkinan mereka tidak tahu atau kurang arif tentang apakah itu PERKESO. Bagi yang bekerja di bidang swasta kebanyakannya mungkin lebih familiar dgn PERKESO. At least org2 keje swasta bila tgk slip gaji, boleh lihat ada deduction for SOCSO.

PERKESO adalah singkatan kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Bahasa Melayu), dan juga dikenali sebagai SOCSO yg merupakan singkatan kepasa Social Security Organization (Bahasa Inggeris).

Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) ditubuhkan pada tahun 1971 di bawah Kementerian Sumber Manusia (sebelum ini dikenali sebagai Kementerian Buruh) untuk melaksana dan mentadbir Skim-skim Keselamatan Sosial di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja, 1969, iaitu Skim Insuran Bencana Pekerjaan dan Skim Pencen Ilat. Di bawah skim-skim ini, pekerja diberi perlindungan berkaitan bencana pekerjaan termasuk kemalangan semasa menjalankan pekerjaan, penyakit khidmat, keilatan dan kematian.

Di antara fungsi yang dilaksanakan oleh PERKESO ialah mendaftar majikan dan pekerja, mengutip caruman majikan dan pekerja, memproses tuntutan dan membayar faedah kepada pekerja yang ditimpa malang dan orang tanggungannya. Di samping itu, PERKESO juga menyediakan faedah pemulihan jasmani dan vokasional serta memupuk kesedaran keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

Pada Julai 1985, status PERKESO sebagai Jabatan Kerajaan telah diubah kepada sebuah Badan Berkanun.

Manakala pada 1 Januari 1992, PERKESO telah melaksanakan sistem saraannya sendiri, iaitu Sistem Saraan Baru PERKESO (SSBP).

MISI PERKESO
Memberi perlindungan keselamatan sosial kepada pekerja dan tanggungan mereka menerusi Skim-skim Keselamatan Sosial serta meningkatkan kesedaran keselamatan dan kesihatan pekerjaan demi meningkatkan kesejahteraan sosial pekerja

VISI PERKESO
Peneraju Keselamatan Sosial Yang Unggul Dan Cemerlang


1. (S) Siapakah yang dikategorikan sebagai pekerja di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969?

(J) Pekerja yang dimaksudkan adalah seorang yang diambil bekerja dengan bergaji di bawah satu kontrak perkhidmatan atau kontrak perantisan dengan seorang majikan, sama ada kontrak itu nyata atau disifatkan ada atau dengan lisan atau dengan bertulis, dalam atau berhubung dengan kerja sesuatu perusahaan yang diliputi di bawah Akta.

2.(S) Adakah pekerja sementara/pekerja tidak tetap wajib dilindungi oleh PERKESO?

(J) Pekerja sementara atau tidak tetap adalah wajib didaftarkan dengan PERKESO.
3.(S) Perlukah majikan memaklumkan kepada PERKESO bagi pekerja yang berhenti?

(J) Majikan perlu mengisi tarikh pekerja berhenti di dalam borang 8A dan membuat tanda X di ruang-ruang Borang 8A.

4. (S) Apakah had umur pekerja untuk mencarum?

(J) Semua pekerja yang layak perlu didaftar tanpa mengira berapakah umur mereka. Untuk pekerja yang berumur 55 tahun ke bawah, majikan perlu membayar caruman jenis pertama dan apabila berumur mencapai umur 55 tahun genap, majikan hanya perlu membayar caruman jenis kedua sahaja. Pekerja yang berumur lebih 50 tahun semasa pertama kali masuk kerja di perusahaan yang layak di bawah Akta dan belum pernah mencarum, perlu membayar caruman jenis kedua.

5.(S) Adakah penalti dikenakan kepada majikan yang tidak mendaftar/mencarum?

(J) Majikan boleh didakwa dan dikenakan tindakan denda sehingga RM10,000 atau dipenjara sehingga 2 tahun atau kedua-duanya sekali.

6.(S) Bagaimanakah menentukan kadar caruman dan cara membayar caruman PERKESO?

(J) Kadar caruman pekerja adalah berdasarkan kepada gaji pekerja iaitu termasuk upah, kerja lebih masa, komisen dan caj perkhidmatan, bayaran cuti tahun, sakit, bersalin, rehat, kelepasan am, elaun insentif, sara hidup, perumahan dan sebagainya. Semua pembayaran sama ada mengikut jam, harian, mingguan, bulanan, hasil kerja adalah dianggap gaji. Kadar caruman bulanan bagi syer majikan dan syer pekerja adalah seperti ditunjukkan pada Jadual Caruman berdasarkan 34 kategori gaji.

7.(S) Di manakah pembayaran caruman boleh dilakukan?

(J) Bayaran caruman boleh dilakukan di bank-bank yang telah dilantik seperti Maybank, CIMB, Public Bank, RHB, Pejabat-pejabat Pos (bagi Sabah & Sarawak) dan bank-bank yang dikhaskan bagi kawasan tertentu.

8. (S) Bagaimanakah perkiraan caruman PERKESO dibuat sekiranya pekerja berhenti pada pertengahan bulan?

(J) Majikan hanya perlu membuat pembayaran caruman berdasarkan kepada jumlah gaji pekerja yang dibayar kepada pekerja untuk bulan itu. Contohnya sekiranya pembayaran gaji dilakukan sehingga 15 hb, caruman tersebut juga berdasarkan gaji bagi 15 hari bekerja sahaja.

9.(S) Kenapakah Faedah Caruman Lewat Bayar (FCLB) dikenakan kepada majikan?

(J) Majikan adalah berliabiliti untuk membayar caruman bulanan tidak lewat dari hari terakhir bulan berikutnya. Contohnya caruman bulan Januari hendaklah dibayar selewat-lewatnya pada 28 Februari. FCLB dikenakan kerana lewat membayar caruman dan kadarnya ialah sebanyak 6 peratus setahun bagi setiap satu hari caruman lambat dibayar. Sekiranya, faedah dikira adalah kurang dari RM5, faedah sebanyak RM5 sebulan adalah dikenakan.

10.(S) Bagaimanakah cara untuk membayar FCLB?

(J) FCLB boleh dibayar di Bank RHB dan Public Bank sahaja dengan mengemukakan notis surat FCLB kepada bank untuk dicop tarikh terima dan nyatakan nombor akaun PERKESO untuk pembayaran. Majikan tidak perlu mengisi slip bank. Pembayaran cek bagi setiap satu bulan FCLB hendaklah diasingkan.

11.(S) Bagaimanakah melaporkan kemalangan dan dokumen-dokumen yang diperlukan untuk membuat tuntutan?

(J) Majikan hendaklah melaporkan kepada PERKESO dengan mengisi Laporan Kemalangan (Borang 21) dan kemukakan bersama Borang Tuntutan (Borang 10), kad perakam waktu atau rekod kedatangan, sijil cuti sakit dan salinan kad pengenalan kepada Pejabat PERKESO berkenaan untuk kemalangan semasa di tempat kerja. Jikalau kemalangan berlaku semasa ke tempat kerja atau balik kerja, perlu disertakan laporan polis dan peta lakar yang menunjukkan arah perjalanan yang dilalui pekerja semasa kemalangan.

12 (S) Adakah PERKESO tanggung kos rawatan perubatan ? Di manakah boleh perolehi rawatan?

(J) Seseorang pekerja yang ditimpa kemalangan berkaitan pekerjaan, perjalanan atau menghidap penyakit khidmat layak menerima rawatan perubatan percuma di klinik panel PERKESO atau klinik/hospital kerajaan. Pekerja dikehendaki membawa Borang Laporan Kemalangan (Borang 21) atau Borang Laporan Penyakit Khidmat (Borang PKS 68 atau PKS 69) atau surat pengenalan daripada majikan semasa mendapatkan rawatan.

13.(S) Dalam keadaan manakah Elaun Layanan Sentiasa dibayar?

(J) Elaun ini dibayar kepada pekerja yang mengalami hilangupaya langsung yang kekal iaitu hilangupaya mencari nafkah 100% atau menghidap keilatan dan disahkan sentiasa memerlukan layanan dari orang lain oleh Jemaah Doktor atau Jemaah Doktor Rayuan. Kadar elaun ialah 40% daripada kadar faedah hilangupaya langsung yang kekal tertakluk kepada bayaran maksimum sebanyak RM500 sebulan. Bayaran dibuat terus kepada penerima faedah.


P/s: Saya bangga dapat menjadi sebahagian dari keluarga PERKESO. Banyak benda dpt saya belajar. Untuk maklumat lebih lanjut, boleh layari laman web rasmi PERKESO.Credit to: www.perkeso.gov.my  

Saturday, August 4, 2012

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)


Petang semalam aku pergi KWSP,lepas tu survey sekali wheelchair untuk opah. Banyak aku nak cerita pasal wheelchair ni. Nanti aku nak bukak satu entri baru untuk wheelchair a.k.a wilcha (teringat Usop Wilcha kat ABPBH 2010).hehe. Okey, berbalik kepada KWSP. Aku pergi bukak akaun sesorang je. Mama just drop by aku kat situ, coz tak de parking time tu. Masuk-masuk pejabat tu, first aku pun tercangak la tak tau nak pi tuju arah mane. Pastu aku nampak sorang mamat kat meja pertanyaan. Terus aku pergi situ tanya-tanya ape yang perlu, dia bagi satu borang dan aku amik nombor.

Untu bukak akaun KWSP, anda hanya perlu membawa kad pengenalan original dan satu salinan kad pengenalan anda. Di sana, anda hanya perlu mengisi satu borang untuk pendaftaran ahli baru. Oh ya! jangan lupa bawa bersama nombor rujukan majikan anda. Meh nak cerita secara lebih formal apa itu KWSP?

Latar Belakang KWSP KWSP merupakan sebuah institusi keselamatan sosial yang ditubuhkan di bawah Undang-Undang Malaysia, Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991 (Akta 452) yang menyediakan faedah persaraan kepada ahlinya melalui pengurusan simpanan mereka secara cekap dan boleh dipercayai. KWSP juga menyediakan sistem yang efisien dan mudah bagi memastikan para majikan memenuhi tanggungjawab undang-undang serta kewajipan moral mereka untuk mencarum kepada KWSP bagi pihak pekerja mereka.

Siapakah Ahli Kami? Pekerja Sektor Swasta dan Pekerja Tidak Berpencen Sektor Awam. Sehingga 31 Disember 2009, KWSP mempunyai seramai 12.35 juta ahli. Bilangan ahli aktif dan masih mencarum adalah seramai 5.79 juta. Bilangan majikan aktif pula adalah seramai 453,716.

Caruman Wajib Caruman adalah wang yang dikreditkan ke akaun individu ahli di KWSP. Amaun tersebut terdiri daripada caruman pekerja dan caruman majikan dan dikira berdasarkan gaji bulanan pekerja. Kadar caruman semasa adalah 23% daripada gaji pekerja dimana 11% adalah caruman pekerja yang dipotong daripada gaji bulanan pekerja manakala 12% adalah caruman oleh majikan.

Alokasi Pelaburan Caruman bulanan anda dilaburkan melalui beberapa instrumen kewangan yang diluluskan untuk menghasilkan pendapatan. Ini termasuklah Sekuriti Kerajaan Malaysia, Instrumen Pasaran Wang, Bon & Pinjaman, Ekuiti dan Hartanah.

Dividen KWSP memastikan simpanan anda selamat dan mendapat dividen yang berpatutan. KWSP menjamin dividen sebanyak 2.5 peratus setahun. Untuk memastikan bayaran dividen, KWSP melaburkan caruman anda melalui instrumen kewangan yang diluluskan bagi mendapatkan pulangan yang optimum. Dividen dimasukkan ke dalam akaun anda setiap tahun. Kadar dividen yang diisytiharkan oleh KWSP adalah tertakluk kepada pulangan pelaburan yang dibuat melalui instrumen-instrumen yang diluluskan. Dividen Tahunan dikira berdasaran baki pembukaan simpanan anda setakat 1hb Januari setiap tahun. Dividen Bulanan pula dikreditkan ke akaun anda berdasarkan jumlah caruman bulanan yang diterima. -Sumber: http://www.kwsp.gov.my/ P/s: Kepada mereka yang berkenaan, jangan lupa mendaftar taw.

Hidup sebagai Pegawai Eksekutif (PENGUATKUASAAN)

Setahun sudah berlalu sejak 11/07/11 aku mula melapor diri di sini sebagai seorang Pegawai Eksekutif (Unit Penguatkuasaan) di PERKESO Temerloh ini. Segala pahit manis aku dah lalui. Berbagai ragam manusia aku dah jumpa.Berurusan dengan kebanyakannya manusia yang lebih berumur dari aku. Mengajar aku erti kesabaran + kematangan + kejujuran + kehidupan. Wooww..banyaknya jenis 'k' yg aku belajar.

Mula2 datang aku sendiri tidak dapat membayangkan apakah jenis tugas yg aku akan lakukan.Bayangan aku, pegawai eksekutif mungkin hanya melibatkan kerja2 pengurusan dan penyeliaan. Tanggapan aku salah. Aku telah ditempatkan dibawah Unit Penguatkuasaan dan sememangnya skop kerja aku melibatkan kerja luar.Boleh kata dalam sebulan tu memang hari2 la keluar.Dalam seminggu awal bulan tu sahaja aku curi2 tak keluar.

Pada permulaannya memanglah mencabar tahap maksima kerja ni.Dah la penat, kadang2 kalau dapat majikan yang banyak songeh lagi penat nak layan. Kita penat2 cari company dia, nak tak nak je dia layan kita.ish2.Nak lebih2 pun dok ingat jugak. Kita ni Goverment Servant, kene jaga imej Socso. Nak sedapkan hati, aku selalu berpegang pada quotoes 'Customer is always right'. Kalau dulu time belajar dekat Uitm dulu ada subjek Customer Service.Aku sangatlah suka subjek ni, sebab senang nak score.Tak payah nak bace buku or hafal beria time exam coz boleh guna common sense saje bila menjawab.,. Tapi bila dah sampai in the real world memang tak sangka la customer service ni is not that easy. Working in this line (customer service) needs a lots of patients.

Bercakap tentang bidang tugas pula aku ditugaskan untuk memeriksa dan menyelia rekod caruman majikan untuk memastikan segala bayaran mereka diuruskan secara teratur. Secara kasarnya aku ditugaskan untuk buat inspection ke premis majikan secara berkala. Selain itu, untuk tugas tambahan, aku juga ditugaskan untuk memberi ceramah kepada majikan dan pekerja untuk meningkatkan lagi tahap kesedaran mereka tentang pentingnya keselamatan sosial. Yang paling best sekali, ialah aku juga ditugaskan bahagian pendakwaan dan kompaun. Maksudnya aku juga handle kes-kes di mahkamah. Setakat ni baru 2 je kes yang aku uruskan di mahkamah. Bab kompoun pula, jika ada aktiviti Ops Kesan aku boleh keluarkan kompoun serta-merta sekitar RM500-RM1000.

So far, aku dah dapat mengikut flow kerja ni. Bab Penguatkuasaan memang dah terrorlah.Tapi kalau orang tanya aku bab faedah, aku stilll blur2 lagi. Yelah, sebab aku tak duduk di unit faedah. Bila kita tak buat benda tu, macam susah sikit lah nak adapt dan faham. Aku anggap semua ni sebagai pengalaman sebab aku start from the scratch as a fresh student. Semoga Allah akan sentiasa kuatkan hati aku untuk mengharungi bidang kerja ini. Amin

Monday, April 4, 2011

PORT DICKSON


Minggu depan aku pergi PORT DICKSON

Yaahoooooooooo!!!!!!!!!


Port Dickson....here i come bebeh!!!!!

Tuesday, March 29, 2011

Tersasar di jalan mu



Sepanjang 24 tahun aku bernafas di muka bumi ini, aku selalu rasa tersasar dari jalan kebenaran dan menyesal akhirnya. Bukan tersasar buat benda-benda bodoh macam cite 'Bohsia: Jangan pilih jalan hitam' tu.. bukan..bukan..mintak simpang jauh-jauh. Bukan nak kata aku ni stok baik gilerr, ada je kemungkaran yang pernah aku buat. Tapi aku masih tahu membezakan benda yang realistik dan takkan merosakkan diri aku dengan benda-benda bodoh lagi stupid.

Tersasar dalam konteks aku ialah salah membuat keputusan. Keputusan yang aku maksudkan adalah sebagai contoh...aku selalu dapat 2 pilihan yang dinamakan pilihan a dan pilihan b. Setelah ditimbang dan ditolak aku memilih pilihan b. Setelah mengharungi pilihan b itu, baru aku taw macammana dan akhirnya aku menyesal. Benak hati aku akan berkata, "Kenapa la aku tak buat pilihan a, mesti takkan jadi macammni...haissh". Bukan sekali okey, benda ni dah berulang beberapa kali. Mungkinkah aku ni jenis yang tak mengambil iktibar dari pengalaman dahulu? atau aku patut sembahyang istikharah apabila mahu membuat pilihan?(masalahnya aku lemah lutut a.k.a malas sikit bab-bab sembahyang sunat).

Mulut kata, aku tak pernah menyesal dengan semua takdir dan ketentuan yang Allah bagi. But dalam hati, meronta-ronta diselubungi penyesalan. Aku tahu, sebagai umat islam, tak baik kalau menyesal-menyesal ini.Tapi nak buat cane kan.Hati tak boleh nak menipu. Tapi setakat ini setelah dikaji semula segala keputusan yang membuatkan aku menyesal itu, SEMEMANGNYA ada hikmah tersurat disebaliknya.

Dulu masa awal-awal penyesalan itu baru nak berkembang, memang aku tak dapat nak nampak lagi semua tu. Bila dah lama-lama baru hikmah atas segalanya baru timbul macam sabut kelapa.Tapi dalam banyak penyesalan, satu perkara tu je lagi yang aku masih dok tunggu sabutnye timbul. Hikmah die memang aku tak nampak lagi.Aku masih dok sabaq tunggu lagi ni. Harapan aku, moga masih ada sinar dihujung jalan agar aku takkan berfikir aku telah menyesal seumur hidup.

Monday, March 28, 2011

Ubi Keledek Goreng





Bahan-bahan

1. ubi keledek

2. tepung beras

3. garam

4. serbuk kunyit


Cara-cara

1. Campurkan tepung beras + garam + serbuk kunyit.

2. Gaulkan ubi keledek yang telah dipotong dengan campuran di atas.

3. Goreng hingga garing.

4. Siap untuk dihidang.







Sunday, March 27, 2011

Jom Masak!

Tadaaa...Ini lah Ikan Masak Sambal hasil air tangan chef amatur yang tengah gigih mahu mencapai tahap profesional dalam bidang masakan...Sebab dah nama pun amatur kan...So, teknik die main campak-campak, kuantiti pulak main agak-agak je...Here saya just nak share how i made this simple recipe...


Bahan-bahan

2 ekor ikan (ikan apa-apa pun boleh)

1 biji tomato (hiris empat....saya just guna sebelah sebab stok dah habis)

1 ulas bawang merah

1 batang serai

sedikit garam

sedikit gula

serbuk kunyit

sedikit asam (asam jawa ekstra yang dalam cawan jenama Adabi tu)

3 sudu cili blend (cili blend ni dah dicampur sekali dengan bawang putih, bawang kecil dan halia)


Cara-cara


1. Lumurkan ikan dengan garam dan kunyit (perap lebih kurang 10 minit)


2. Goreng ikan tersebut hingga garing...Kemudian ketepikan


3. Tumis serai sampai naik bau


4. Tumis cili blend sampai naik minyak


5. Masukkan asam + garam + gula + air(setakat yang mahu untuk kuah)


6. Biarkan mendidih seketika


7. Masukkan tomato dan bawang besar


8. Masukkan ikan yang telah digoreng tadi...Biarkan masak seketika


9. Siap untuk dihidang!

Saturday, March 26, 2011

Musuhi Jerawat...


Kali ini aku nak bercerita tentang jerawat

Kebanyakan dari kita pernah mengalami masalah jerawat di muka

Especially ketika remaja

Dan golongan yang paling curious pasal pertumbuhan jerawat, tentulah wanita


Walau hanye sebutir jerawat yang tumbuh, kita pasti rase risau..kan...kan?

Tak kiralah sama ada jerawat pasir, batu or so on

Kulit aku ni, nak kate yg jenis licin memanjang tak la

Selalunye jerawat pasir akan ade, tapi tak pernah la naik banyak-banyak

But, recently...tetibe muka aku banyak gilaa naik jerawat...huhu


Sedey woo..ye ar..selama ni licin je

Ni bayangkan, sampai tahap naik yang nanah-nanah merah tu

Bila satu kering, naik pulak yang baru (tak sempat nak baik)

Kesannya adalah parut-parut hitam yang sukar dihilangkan..huwaaa


Sebab-musabab dia aku pun tak berapa pasti

Tapi berdasarkan analyze terhadap diri aku terhadap masalah ini

Aku dapat buat dua hypothesis

1. Mungkin akibat TEKANAN (Akhir2 ni aku mmg banyak tertekan sikit with my life)
2. RESDUNG (Memang aku resdung yang agak teruk before this)


Sekarang kita beralih ke treatment pulak

Banyak jugak la produk yang aku try,

in one month ni untuk hilangkan jerawat

Tapi hanye few yang aku boleh katakan BERKESAN

Antara satu produk yang aku terasa nak review,

oleh kerana keberkesanannya adalah....




Nama produk: Dalacin T


Harga: RM35


Beli: Farmasi sahaja (sebab controlled medicine)


Cara guna: Letak dekat affected area 2x sehari


Review: Memang berkesan untuk semua jenis jerawat... Jerawat anda boleh kecut dalam beberapa hari sahaja...Bila pakai rasa sejuk-sejuk aje...Tapi kalo kat jerawat yang dah nak pecah tu, pedih sikit...


Kata-kata manis: Sila cuba jangan ragu-ragu :)







    Friday, March 25, 2011

    Mata Tak Menipu




    Orang kata, pandangan mata tak dapat menipu..


    Kalau orang tu dok tenung mata aku dalam-dalam..


    Dia boleh ke agak kisah hidup aku?


    Just wondering.. :)

    Saturday, August 28, 2010

    MALAYSIAKU MERDEKA !!!





    "Tanggal 31...Bulan lapan, lima puluh tujuh...Merdeka! Merdeka Tetaplah Merdeka! ... Ia pasti menjadi sejarah ...


    ~ Allahyarham Sudirman Hj Arshad~


    Begitulah bait-bait indah yang dilagukan oleh Allahyarham Sudirman Hj Arshad... Sungguh puitis tiap patah rangkap yang hadir sememangnya dpt membangkitkan semangat kemerdekaan dalam diri kita... Walaupun tahap kesedaran patriotik dlm diri anda mungkin tak setinggi mana... Bile dengar lagu ni for sure korang akan rase cam semangat nak merdeka kan-kan-kan?...


    Walhal kebelakangan ini...aku dapat rasakan semangat kemerdekaan semakin menipis di kalangan kita....MENGAPA YE??..humm... kalau dulu org berebut-rebut nk kibar bendera....sekarang dah kurang... jarang dah nk tgk kedai2 or bangunan2 yang kibarkan bendera.. nk kibarkan bendera kat kereta??? huh!! lagi la payah (hehe saye pun x kibar kat kereta lagi)... walhal kalau dulu ade yang sanggup cat kereta dgn gambar / warna-warna jalur gemilang.. (sy kagum dgn mereka..thumbs up!!)


    Bagi golongan remaja pula, mereka hanya bersemangat untuk pergi ke Konsert Merdeka saja... Tujuannye untuk berhibur sambil menonton artis kegemaran mereka... (salah konsep tu) Mereka tdk mengerti dan menghayati erti disebalik sebuah KEMERDEKAAN... Kita sepatutnye cuba menyelami betapa jerih-payahnya nenek-moyang kita utk mengecapi kemerdekaan ini... Betapa sukarnya mereka utk keluar dari belenggu penjajahan...


    Betapa sukarnya utk menyatukan hati org Melayu di kala itu... Betapa miskinnya mereka di bumi yg ketuanannya tdk di akui.. Betapa sukarnya mendapatkan pendidikan di bumi sendiri... Betapa lumatnya Melayu dipijak dan ditindas oleh penjajah dan kaum lain... (cuba anda bayangkan) Mampukah kita mempertahankan kemerdekaan ini... Semakin byk isu dan gejala yang menghala ke arah rapuhnya bangsa Melayu...


    Sebagai contoh yg plg jelas adalah gejala pembuangan bayi yg semakin hebah diperkatakan.. Setiap hari ada sahaja berita tentang pembuangan bayi di koran-koran harian.. Mana pergi hilangnya perikemanusiaan mereka? Tidak adakah sekelumit rasa sayang pada bayi itu? Tegarnya mereka... Lupakah mereka pada Tuhan? Lupakah mereka kepada azab dan siksa di hari kelak? Lupakah mereka pada janji2 mereka pada Tuhan? Adakah ini yang dipanggil KEMERDEKAAN??


    Walaupun sudah menjangkau 53 tahun negara kita merdeka.... Masih banyak lagi perilaku dan jajahan minda yang tidak menunjukkan kita sudah merdeka... Minda Melayu masih lagi dijajah barat dgn pelbagai budaya negatif.. :( Semoga KEMERDEKAAN ini akan terus dpt dipertahankan oleh anak-anak remaja pemacu masa hadapan...





    Thursday, August 26, 2010

    ERTI CANTIK

    Cantik...

    C.a.n.t.i.k... hmm..begitu ejanya..memang cantik...

    Adakah bibir setebal Angelina Jolie anda rasa cantik?

    Pabila muka semulus Taylor Swift dikatakan cantik?

    Mata seredup Katie Holmes dirasa cantik?

    Badan seseksi Beyonce Knowles adalah cantik?


    Cantik boleh dipandang dari pelbagai sudut..

    Ianya sesuatu yg sgt subjektif..

    Tidak boleh diukur atau disamakan dengan apa-apa..

    Ada pepatah Inggeris berbunyi...

    "Beauty is in the eyes of the beholder"

    Lain orang lain pendapatnya...

    Terpulang pada penafsirnya...


    Ada orang cakap si putih gebu itu sangat cantik...

    Tapi bagi org lain pula, si hitam manis itu lebih cantik...

    Mata sepet comella mcm Korean looks..

    EH!.takla..mata bulat baru cun cam si Heliza tu..

    Macam-macam....aishh...


    Dari sudut lain...

    Cantik seorang anak bagi ibu bapanya,

    Pabila mereka taat dan menjadi anak yg soleh...

    Cantik seorang murid di mata gurunya,

    Pabila murid itu berjaya ke menara gading..

    Cantik seorang isteri di mata suami,

    Pabila isterinya memikul tanggugjawab isteri dgn sempurna..


    Aspek kejujuran, kesempurnaan hati dan akal fikiran...

    Yang dapat diseimbangkan dari semua aspek...

    Ditambah dengan rupa paras yang sempurna..

    Juga meletakkan seseorang itu dikalangan orang yang cantik..


    Wahai insan..jalankanlah tangunggjawab anda dan seimbangkanlah hidup anda..

    Agar anda dapat menjadi golongan cantik disisi-Nya...

    Bersyukur dengan apa yang ada kerana,

    Apa yg kita dapat adalah yang terbaik untuk kita..

    Kerana semua makhluk Tuhan adalah indah lagi cantik disisi-Nya =========================================================

    Ok berbalik pada tajuk cantik dgn diri aku...Ni cite zaman dolu2...mase x matang n budak2 lg (skrg dah matang ke?)Time-time skolah dlu aku slalu rase aku x shantek...lain kate huduh laa...Self esteem rendah gile kowt..pastu slalu berangan nk jadi cantik cam artis2..Paling selalu aku berangan nk jadi cantek cam Paris Hilton (she's so hot ok) Aku akn kate "Kalau la aku dpt muke camtu..xtido seminggu weh"....bhahahaha.. Kelakar gile bile ingat angan-angan tu dlu...Siap berangan kalo la ade doraemon..aku nk mintak tlg kat die..Sbb mase kecik-kecik dlu aku gelap..well..suke main panas kan... Bile msk skolah g skolah berpanas-berujan ber+ kehitaman itu..Mase awal-awal msk U kat Segamat WAJIB msk Kesatria lak tu...asik-asik kene pakse kawad lagi...tengah panas lak tu..(siyes aku benci kesatria, msk part 2 cepat2 nk tukar KO)Pastu aku jenis x jage muke dlu...bile dah besau skit, baru la dah ade kesedaran sivik nie baru la rajin hari-hari nak menonyoh krim-krim bagai..hehe (kerana diriku begitu berharga.. Selalu je ngadu ckp kat mama "Mama..kenapa yani gelap x cantik cam org lain"... Pastu mama kalo dgr marah gile..die akn kate "x baik ckp camtu, semua org cantik taw"...maka dpt lah aku kuliah free sekejap...hahahahha aku xde la kate skrg aku dah cantik putih melepak tapi x la legam cam dlu... Kenapa la manusia cam aku slaluu x bersyukur kan...skrg aku dah x pikir sume tu.. yg penting sempurna cukup sifat...Tuhan dah bagi segalanya kat kita, kita yang tak sedar...


    Moral of the story:- Harus selalu bersyukur dengan apa yang ada :)

    Sunday, June 20, 2010

    Cubaan Pertama

    Salam.


    This is my first trial and error in doing a blog.


    I've been influenced by lots of people, surrounding and etc to do my own blog


    Hope this blog will give all of u, a great experience of reading


    and some sort of happiness to me .


    Till we meet again



    Bye..wassalam..