Tuesday, March 29, 2011

Tersasar di jalan mu



Sepanjang 24 tahun aku bernafas di muka bumi ini, aku selalu rasa tersasar dari jalan kebenaran dan menyesal akhirnya. Bukan tersasar buat benda-benda bodoh macam cite 'Bohsia: Jangan pilih jalan hitam' tu.. bukan..bukan..mintak simpang jauh-jauh. Bukan nak kata aku ni stok baik gilerr, ada je kemungkaran yang pernah aku buat. Tapi aku masih tahu membezakan benda yang realistik dan takkan merosakkan diri aku dengan benda-benda bodoh lagi stupid.

Tersasar dalam konteks aku ialah salah membuat keputusan. Keputusan yang aku maksudkan adalah sebagai contoh...aku selalu dapat 2 pilihan yang dinamakan pilihan a dan pilihan b. Setelah ditimbang dan ditolak aku memilih pilihan b. Setelah mengharungi pilihan b itu, baru aku taw macammana dan akhirnya aku menyesal. Benak hati aku akan berkata, "Kenapa la aku tak buat pilihan a, mesti takkan jadi macammni...haissh". Bukan sekali okey, benda ni dah berulang beberapa kali. Mungkinkah aku ni jenis yang tak mengambil iktibar dari pengalaman dahulu? atau aku patut sembahyang istikharah apabila mahu membuat pilihan?(masalahnya aku lemah lutut a.k.a malas sikit bab-bab sembahyang sunat).

Mulut kata, aku tak pernah menyesal dengan semua takdir dan ketentuan yang Allah bagi. But dalam hati, meronta-ronta diselubungi penyesalan. Aku tahu, sebagai umat islam, tak baik kalau menyesal-menyesal ini.Tapi nak buat cane kan.Hati tak boleh nak menipu. Tapi setakat ini setelah dikaji semula segala keputusan yang membuatkan aku menyesal itu, SEMEMANGNYA ada hikmah tersurat disebaliknya.

Dulu masa awal-awal penyesalan itu baru nak berkembang, memang aku tak dapat nak nampak lagi semua tu. Bila dah lama-lama baru hikmah atas segalanya baru timbul macam sabut kelapa.Tapi dalam banyak penyesalan, satu perkara tu je lagi yang aku masih dok tunggu sabutnye timbul. Hikmah die memang aku tak nampak lagi.Aku masih dok sabaq tunggu lagi ni. Harapan aku, moga masih ada sinar dihujung jalan agar aku takkan berfikir aku telah menyesal seumur hidup.

Monday, March 28, 2011

Ubi Keledek Goreng





Bahan-bahan

1. ubi keledek

2. tepung beras

3. garam

4. serbuk kunyit


Cara-cara

1. Campurkan tepung beras + garam + serbuk kunyit.

2. Gaulkan ubi keledek yang telah dipotong dengan campuran di atas.

3. Goreng hingga garing.

4. Siap untuk dihidang.







Sunday, March 27, 2011

Jom Masak!

Tadaaa...Ini lah Ikan Masak Sambal hasil air tangan chef amatur yang tengah gigih mahu mencapai tahap profesional dalam bidang masakan...Sebab dah nama pun amatur kan...So, teknik die main campak-campak, kuantiti pulak main agak-agak je...Here saya just nak share how i made this simple recipe...


Bahan-bahan

2 ekor ikan (ikan apa-apa pun boleh)

1 biji tomato (hiris empat....saya just guna sebelah sebab stok dah habis)

1 ulas bawang merah

1 batang serai

sedikit garam

sedikit gula

serbuk kunyit

sedikit asam (asam jawa ekstra yang dalam cawan jenama Adabi tu)

3 sudu cili blend (cili blend ni dah dicampur sekali dengan bawang putih, bawang kecil dan halia)


Cara-cara


1. Lumurkan ikan dengan garam dan kunyit (perap lebih kurang 10 minit)


2. Goreng ikan tersebut hingga garing...Kemudian ketepikan


3. Tumis serai sampai naik bau


4. Tumis cili blend sampai naik minyak


5. Masukkan asam + garam + gula + air(setakat yang mahu untuk kuah)


6. Biarkan mendidih seketika


7. Masukkan tomato dan bawang besar


8. Masukkan ikan yang telah digoreng tadi...Biarkan masak seketika


9. Siap untuk dihidang!

Saturday, March 26, 2011

Musuhi Jerawat...


Kali ini aku nak bercerita tentang jerawat

Kebanyakan dari kita pernah mengalami masalah jerawat di muka

Especially ketika remaja

Dan golongan yang paling curious pasal pertumbuhan jerawat, tentulah wanita


Walau hanye sebutir jerawat yang tumbuh, kita pasti rase risau..kan...kan?

Tak kiralah sama ada jerawat pasir, batu or so on

Kulit aku ni, nak kate yg jenis licin memanjang tak la

Selalunye jerawat pasir akan ade, tapi tak pernah la naik banyak-banyak

But, recently...tetibe muka aku banyak gilaa naik jerawat...huhu


Sedey woo..ye ar..selama ni licin je

Ni bayangkan, sampai tahap naik yang nanah-nanah merah tu

Bila satu kering, naik pulak yang baru (tak sempat nak baik)

Kesannya adalah parut-parut hitam yang sukar dihilangkan..huwaaa


Sebab-musabab dia aku pun tak berapa pasti

Tapi berdasarkan analyze terhadap diri aku terhadap masalah ini

Aku dapat buat dua hypothesis

1. Mungkin akibat TEKANAN (Akhir2 ni aku mmg banyak tertekan sikit with my life)
2. RESDUNG (Memang aku resdung yang agak teruk before this)


Sekarang kita beralih ke treatment pulak

Banyak jugak la produk yang aku try,

in one month ni untuk hilangkan jerawat

Tapi hanye few yang aku boleh katakan BERKESAN

Antara satu produk yang aku terasa nak review,

oleh kerana keberkesanannya adalah....




Nama produk: Dalacin T


Harga: RM35


Beli: Farmasi sahaja (sebab controlled medicine)


Cara guna: Letak dekat affected area 2x sehari


Review: Memang berkesan untuk semua jenis jerawat... Jerawat anda boleh kecut dalam beberapa hari sahaja...Bila pakai rasa sejuk-sejuk aje...Tapi kalo kat jerawat yang dah nak pecah tu, pedih sikit...


Kata-kata manis: Sila cuba jangan ragu-ragu :)







    Friday, March 25, 2011

    Mata Tak Menipu




    Orang kata, pandangan mata tak dapat menipu..


    Kalau orang tu dok tenung mata aku dalam-dalam..


    Dia boleh ke agak kisah hidup aku?


    Just wondering.. :)

    Saturday, August 28, 2010

    MALAYSIAKU MERDEKA !!!





    "Tanggal 31...Bulan lapan, lima puluh tujuh...Merdeka! Merdeka Tetaplah Merdeka! ... Ia pasti menjadi sejarah ...


    ~ Allahyarham Sudirman Hj Arshad~


    Begitulah bait-bait indah yang dilagukan oleh Allahyarham Sudirman Hj Arshad... Sungguh puitis tiap patah rangkap yang hadir sememangnya dpt membangkitkan semangat kemerdekaan dalam diri kita... Walaupun tahap kesedaran patriotik dlm diri anda mungkin tak setinggi mana... Bile dengar lagu ni for sure korang akan rase cam semangat nak merdeka kan-kan-kan?...


    Walhal kebelakangan ini...aku dapat rasakan semangat kemerdekaan semakin menipis di kalangan kita....MENGAPA YE??..humm... kalau dulu org berebut-rebut nk kibar bendera....sekarang dah kurang... jarang dah nk tgk kedai2 or bangunan2 yang kibarkan bendera.. nk kibarkan bendera kat kereta??? huh!! lagi la payah (hehe saye pun x kibar kat kereta lagi)... walhal kalau dulu ade yang sanggup cat kereta dgn gambar / warna-warna jalur gemilang.. (sy kagum dgn mereka..thumbs up!!)


    Bagi golongan remaja pula, mereka hanya bersemangat untuk pergi ke Konsert Merdeka saja... Tujuannye untuk berhibur sambil menonton artis kegemaran mereka... (salah konsep tu) Mereka tdk mengerti dan menghayati erti disebalik sebuah KEMERDEKAAN... Kita sepatutnye cuba menyelami betapa jerih-payahnya nenek-moyang kita utk mengecapi kemerdekaan ini... Betapa sukarnya mereka utk keluar dari belenggu penjajahan...


    Betapa sukarnya utk menyatukan hati org Melayu di kala itu... Betapa miskinnya mereka di bumi yg ketuanannya tdk di akui.. Betapa sukarnya mendapatkan pendidikan di bumi sendiri... Betapa lumatnya Melayu dipijak dan ditindas oleh penjajah dan kaum lain... (cuba anda bayangkan) Mampukah kita mempertahankan kemerdekaan ini... Semakin byk isu dan gejala yang menghala ke arah rapuhnya bangsa Melayu...


    Sebagai contoh yg plg jelas adalah gejala pembuangan bayi yg semakin hebah diperkatakan.. Setiap hari ada sahaja berita tentang pembuangan bayi di koran-koran harian.. Mana pergi hilangnya perikemanusiaan mereka? Tidak adakah sekelumit rasa sayang pada bayi itu? Tegarnya mereka... Lupakah mereka pada Tuhan? Lupakah mereka kepada azab dan siksa di hari kelak? Lupakah mereka pada janji2 mereka pada Tuhan? Adakah ini yang dipanggil KEMERDEKAAN??


    Walaupun sudah menjangkau 53 tahun negara kita merdeka.... Masih banyak lagi perilaku dan jajahan minda yang tidak menunjukkan kita sudah merdeka... Minda Melayu masih lagi dijajah barat dgn pelbagai budaya negatif.. :( Semoga KEMERDEKAAN ini akan terus dpt dipertahankan oleh anak-anak remaja pemacu masa hadapan...





    Thursday, August 26, 2010

    ERTI CANTIK

    Cantik...

    C.a.n.t.i.k... hmm..begitu ejanya..memang cantik...

    Adakah bibir setebal Angelina Jolie anda rasa cantik?

    Pabila muka semulus Taylor Swift dikatakan cantik?

    Mata seredup Katie Holmes dirasa cantik?

    Badan seseksi Beyonce Knowles adalah cantik?


    Cantik boleh dipandang dari pelbagai sudut..

    Ianya sesuatu yg sgt subjektif..

    Tidak boleh diukur atau disamakan dengan apa-apa..

    Ada pepatah Inggeris berbunyi...

    "Beauty is in the eyes of the beholder"

    Lain orang lain pendapatnya...

    Terpulang pada penafsirnya...


    Ada orang cakap si putih gebu itu sangat cantik...

    Tapi bagi org lain pula, si hitam manis itu lebih cantik...

    Mata sepet comella mcm Korean looks..

    EH!.takla..mata bulat baru cun cam si Heliza tu..

    Macam-macam....aishh...


    Dari sudut lain...

    Cantik seorang anak bagi ibu bapanya,

    Pabila mereka taat dan menjadi anak yg soleh...

    Cantik seorang murid di mata gurunya,

    Pabila murid itu berjaya ke menara gading..

    Cantik seorang isteri di mata suami,

    Pabila isterinya memikul tanggugjawab isteri dgn sempurna..


    Aspek kejujuran, kesempurnaan hati dan akal fikiran...

    Yang dapat diseimbangkan dari semua aspek...

    Ditambah dengan rupa paras yang sempurna..

    Juga meletakkan seseorang itu dikalangan orang yang cantik..


    Wahai insan..jalankanlah tangunggjawab anda dan seimbangkanlah hidup anda..

    Agar anda dapat menjadi golongan cantik disisi-Nya...

    Bersyukur dengan apa yang ada kerana,

    Apa yg kita dapat adalah yang terbaik untuk kita..

    Kerana semua makhluk Tuhan adalah indah lagi cantik disisi-Nya =========================================================

    Ok berbalik pada tajuk cantik dgn diri aku...Ni cite zaman dolu2...mase x matang n budak2 lg (skrg dah matang ke?)Time-time skolah dlu aku slalu rase aku x shantek...lain kate huduh laa...Self esteem rendah gile kowt..pastu slalu berangan nk jadi cantik cam artis2..Paling selalu aku berangan nk jadi cantek cam Paris Hilton (she's so hot ok) Aku akn kate "Kalau la aku dpt muke camtu..xtido seminggu weh"....bhahahaha.. Kelakar gile bile ingat angan-angan tu dlu...Siap berangan kalo la ade doraemon..aku nk mintak tlg kat die..Sbb mase kecik-kecik dlu aku gelap..well..suke main panas kan... Bile msk skolah g skolah berpanas-berujan ber+ kehitaman itu..Mase awal-awal msk U kat Segamat WAJIB msk Kesatria lak tu...asik-asik kene pakse kawad lagi...tengah panas lak tu..(siyes aku benci kesatria, msk part 2 cepat2 nk tukar KO)Pastu aku jenis x jage muke dlu...bile dah besau skit, baru la dah ade kesedaran sivik nie baru la rajin hari-hari nak menonyoh krim-krim bagai..hehe (kerana diriku begitu berharga.. Selalu je ngadu ckp kat mama "Mama..kenapa yani gelap x cantik cam org lain"... Pastu mama kalo dgr marah gile..die akn kate "x baik ckp camtu, semua org cantik taw"...maka dpt lah aku kuliah free sekejap...hahahahha aku xde la kate skrg aku dah cantik putih melepak tapi x la legam cam dlu... Kenapa la manusia cam aku slaluu x bersyukur kan...skrg aku dah x pikir sume tu.. yg penting sempurna cukup sifat...Tuhan dah bagi segalanya kat kita, kita yang tak sedar...


    Moral of the story:- Harus selalu bersyukur dengan apa yang ada :)

    Sunday, June 20, 2010

    Cubaan Pertama

    Salam.


    This is my first trial and error in doing a blog.


    I've been influenced by lots of people, surrounding and etc to do my own blog


    Hope this blog will give all of u, a great experience of reading


    and some sort of happiness to me .


    Till we meet again



    Bye..wassalam..